RSS

Wednesday, March 24, 2010

ONLINE GAMES / PERMAINAN ATAS TALIAN

Pada minggu ini kami ingin membincangkan mengenai apa itu "Online Games", yang kini sememangnya digemari oleh semua orang, tidak kira tua atau muda.Sememangnya permainan atas talian ini berkait rapat dengan teknologi dan multimedia. Kita akan melihat dahulu mengenai pandangan terhadap teknologi dan penggunaan internet.

Perkembangan teknologi dan komunikasi (ICT) telah membolehkan dihantar dan diterima dengan pantas. Kemudahan ini telah membawa kepada peningkatan penggunaan internet dan mel elektronik atau e-mail dalam sektor awam. Hakikat ini turut mempengaruhi oleh pengguna dan kepentingan maklumat yang kian meningkat dari semasa ke semasa. Komunikasi secara elektronik juga dilihat sebagai salah satu saluran penting dalam membantu mewujudkan perkongsian maklumat. Tambahan pula, kaedah ini membolehkan proses penghantaran dan penerimaan sesuatu maklumat dilaksanakan dengan lebih cepat dan lebih mudah.

Penggunaan internet dengan cara yang tidak bertanggungjawab adalah dianggap sebagai pelanggaran tatacara yang boleh mengancam tatacara keselamatan, keutuhan dan kerahsiaan maklumat, melemahkan sistem ICT dan pengurusan rekod elektronik, menganggu sistem rangkaian ICT dan merosakkan imej Perkhidmatan Awam. Oleh yang demikian, bagi menjamin kemudahan Internet digunakan dengan selamat, adalah wajar setiap agensi menentukan latihan yang bersesuaian, penggunaan teknologi yang kukuh dan dasar yang menyeluruh agar pelanggaran seumpamanya tidak berlaku.


-PERMAINAN ATAS TALIAN-


Permainan 'online games' merupakan permainan yang amat digemari orang ramai, yang tidak mengenal usia. Hasil kajian kami, permainan atas talian dikatakan dapat menjana pemikiran mereka dengan lebih kreatif. Penggunaan permainan atas talian dan simulasi dalam pembelajaran dirujuk sebagai latihan eksperimental kerana kedua-dua kaedah tersebut memberi peluang kepada para pengguna untuk berinteraksi dengan domain pengetahuan. Di samping itu, terdapat banyak kajian yang membuktikan bahawa permainan ini berupaya untuk meningkatkan motivasi pengguna.

Permainan atas talian sekali lagi telah menunjukkan hiburan ini mempunyai potensi yang tinggi untuk mendapat keuntungan serta sebagai perniagaan yang mempunyai keuntungan yang terjamin. Hal ini telah menyebabkan banyak firma gergasi yang mencipta permainan atas talian ingin mendominasi pasaran tempatan serta pasaran asing. Industri permainan atas talian juga mula berkembang di negara kita dan permainan ini telah menjadi salah satu pilihan yang baru kepada pengguna zaman sekarang.

Mengikut kajian yang dijalankan, pasaran untuk permainan atas talian telah mencapai sebanyak US$2.9 bilion pada tahun 2005 iaitu telah meningkat secara mendadak dari US$670 juta pada tahun 2002. Pasaran yang begitu berpotensi untuk berkembang telah menjadi salah satu kepada korporat negara untuk ditebusi kerana tidak ingin didominasi oleh korporat asing seperti Amerika Syarikat, Jepun, Korea dan sebagainya. Pembukaan pasara baru ini akan menyumbang dan meningkatkan ekonomi negara. Industri atas talian telah berkembang dengan pesatnya setelah teknologi maklumat diperkenalkan dan industri ini telah menjadi salah satu penyumbang eknomi kepada negara.

Secara tradisional nya,, sebab utama untuk menggunakan teknologi maklumat adalah meningkatkan keberkesanan kerja yang dilakukan dan menghasilkan produktiviti yang tinggi. Tetapi dengan kehadiran internet, kegunaan teknologi maklumat telah diperbanyakkan dan tidak hanya tumpu kepada penggunaan dalam menyelesaikan masalah kerja. Kegunaannya diperluaskan kepada bidag hiburan seperti permainan atas talian yaang dipaparkan dalam Yahoo! directory. Oleh itu, permainan atas talian telah banyak dimainkan oleh para pengguna skarang tidak kira pada usia muda atau tua.

Antara permainan yang menjadi kegilaan para pengguna adalah Pro Evolution Soccer / Winning Eleven, Monopoly, Counter-Strike dan Rugby 2007.


**PRO EVOLUTION SOCCER (PES) / WINNING ELEVEN

Permainan ini merupakan permainan yang paling terbaru di dalam sukan bola sepak. Permainan ini ditubuhkan dan dibangunkan oleh Konami dalam Sony's Playstation 2, Playstation 3 dan Playstation Portable. PES 2010 telah diumumkan pada 8 April 2009 dan permainan yang paling digemari dalam PC, PS3 dan Xbox 360.

Antara gambaran di dalam PES ini adalah;
  • PES 2010 dapat mempertingkatkan visualisasi pengguna, animasi dan gerakan, termasuklah ekspresi dan pergerakan yang akan mengubah mengikut keadaan di dalam padang permainan tersebut.

  • PES 2010 memperkenalkan kawalan yang amat berstrategi, iaitu dari segi elemen yang pelbagai, seperti frekuensi yang boleh diubah.

  • Juga dapat mempertingkatkan pengalaman, melalui cara pasukan bekerjasama.

**COUNTER-STRIKE (CS)

Permainan ini adalah berdasarkan pasukan, taktik penembak di mana berasal dengan jumlah mod-tukaran yang dicipta oleh Minh "gooseman" Le dan Jess Cliffe. Permainan ini telah diperkembangkan ke dalam siri sejak keluaran asalnya, di mana termasuklah di dalam Counter Strike: Condition Zero dan Counter Strike: Source. CS melagakan satu pasukan dari pasukan musuh terhadap satu pasukan dari pihak musuh dalam pusingan pertandingan menang dengan lengkapkan objektif atau hapuskan pasukan lawan. Jelmaan terkini dari permainan ini, Counter Strike: Source, adalah berdasarkan enjin Source yang dibangunkan untuk Half-Life 2. Tanda pengaruh meluas CS boleh dijumpai dalam mod untuk permainan seperti Quake III Arena, Unreal Tournament dan lain-lain penembak sendirian seperti Global Operations, Americas Army, Call of Duty dan banyak lagi.


**MONOPOLY

Monopoli adalah satu permainan papan yang paling laris di dunia. Dalam permainan ini, pemain berlumba untuk mengumpulkan kekayaan melalui satu perlaksanaan satu sistem ekonomi mainan yang melibatkan pembelian, penyewaan dan pertukaran hartanah dengan menggunakan duit mainan. Pemain mengambil giliran untuk membalingkan dadu dan bergerak di sekeliling papan permainan mengikut bilangan yang diperolehi dengan balingan dadu tadi. Permainan ini dinamakan bersempena konsep monopoli dalam teori ekonomi, iaitu 'penguasaan pasaran oleh peniaga tunggal tanpa ada apa-apa persaingan. Papan klasik Monopoli mempunyai 40 petak, dengan 28 hartanah, 3 petak dugaan, 3 petak-petak masyarakat, satu petak "Cukai", satu petak "Cukai Pendapatan", satu petak "Jalan", satu petak "Penjara", satu petak "Parkir Percuma" dan satu petak lagi "Pergi ke Penjara". Hartanah-hartanah dinamakan mengikut nama tempat-tempat tertentu di negara di mana permainan itu dikeluarkan.

Antara perkara yang terpenting dalam penggunaan internet atau permainan atas talian ini adalah pengalaman seseorang itu. Ia adalah untuk mempengaruhi sikap seseorang untuk bermain secara kreatif. Maksud kreatif di sini adalah bagaimana para pengguna bermain secara berstrategi di dalam permainan tersebut. Contohnya dalam permainan bola sepak iaitu pengguna mesti mahir dan berpengetahuan terhadap strategi dan pengalaman semasa bermain. Permainan ini dapat memberi latihan kepada pengguna dengan dapat berfikir secara pantas dan berkesan. Kebiasaannya penggemar permainan 'online' bola sepak adalah dari golongan pemain, dan penggemar sukan itu sendiri, di mana pengguna mempunyai sedikit atau banyak kemahiran dalam bola sepak.

Friday, March 19, 2010

GLOBALISASI DAN BELIA

Belia hari ini berada pada era yang amat mencabar. Cabaran ini didorong oleh banyak faktor. Faktor yang paling utama sekali ialah peredaran zaman itu sendiri. Dunia hari ini amat berbeza sekali berbanding beberapa dekad lalu. Pada hari ini, dunia yang kita diami dikenali dengan 'perkampungan sejagat' atau 'global village'. Mengibaratkan sebuah dunia yang besar ini sebagai sebuah perkampungan adalah gambaran realiti peredaran zaman yang sedang didepani belia Islam hari ini. Perkampungan dunia hari ini digerakkan oleh pelbagai arus. Satu daripadanya ialah oleh pencapaian manusia sendiri di dalam bidang perhubungan sama ada menerusi darat atau lautan. Namun, pencapaian yang paling mengesankan ialah pencapaian manusia di dalam bidang teknologi maklumat. Menerusi teknologi maklumat inilah seperti penciptaan komputer, telefon dan internet, manusia dari segenap pelosok dunia dapat berkongsi khabar dan berita hanya dalam sekelip mana.

Di samping berkongsi khabar dan berita, satu daripada perkara yang dikongsi bersama oleh masyarakat dunia ialah nilai dan kepercayaan mereka mengenai sesuatu perkara berkaitan urusan kehidupan di dunia ini. Urusan itu termasuk yang membabitkan ilmu pengetahuan, kebudayaan, sistem kenegaraan dan juga ideologi. Dengan bantuan teknologi maklumat dan perhubungan lebih baik, semua perkara yang dinyatakan di atas yang sebelum ini hanya dikongsi dan diketahui sekelompok perkumpulan manusia tertentu, kini sudah merentas sempadan daerah dan negara. Kedapatan sesetengah perkara atau amalan yang pada asalnya hanya berbentuk minat dan kesukaan sebuah kelompok masyarakat, kini sudah menjadi minat dan kesukaan yang dikongsi oleh seluruh masyarakat manusia.


Fenomena ini dikenali juga sebagai proses pensejagatan atau 'globalisasi'. Ia adalah suatu keadaan di mana nilai dan amalan yang pada asalnya suatu yang bersifat setempat bertukar menjadi satu pola atau fenomena sejagat. Oleh itu, beberapa istilah digunakan bagi menggambarkan fenomena kesejagatan dunia hari ini. Antaranya ialah seperti istilah 'generasi Pepsi-Cola' atau 'generasi Google'. Istilah ini memberi maksud akan kesejagatan produk minuman Pepsi dan Coca-Cola, serta produk carian internet iaitu Google yang dengan kehadirannya, dikenali dan dikongsi oleh hampir seluruh masyarakat dunia.
Fenomena kesejagatan dunia ini ialah realiti yang jelas akan peralihan zaman yang sedang didiami oleh belia Islam di negara kita hari ini. Apakah bentuk cabaran yang perlu didepani oleh belia di dalam berdepan dengan realiti peralihan zaman ini? Oleh Muhamad Razak Idris

Perkembangan yang pesat dalam teknologi komunikasi dan arus globalisasi telah mempengaruhi sistem komunikasi global. Jika satu ketika dahulu isu limpahan siaran melalui siaran penyiaran langsung (DBS), aliran berita antara negara yang tidak seimbang dan order baru maklumat dunia menjadi isu hangat dibincangkan dalam arena komunikasi, isu-isu ini kini tidak begitu diperdebatkan. Sebaliknya isu-isu komunikasi tanpa sempadan, masyarakat bermaklumat dan masyarakat berpengetahuan menjadi isu-isu baru yang memenuhi ruang diskusi di peringkat antarabangsa.

Globalisasi yang mula diperkatakan diakhir tahun 1980an dan tahun 1990an difahami sebagai usaha yang membabitkan pergerakan modal, manusia, barangan, maklumat dan budaya. Pada peringkat awal, pengerak globalisasi menganggapnya sebagai sesuatu yang baru, sukar untuk ditolak dan akan memberikan faedah kepada semua. Tetapi kemudiannya realiti menunjukkan bahawa globalisasi bukanlah sesuatu yang baru, tidak boleh ditolak malah tidak memberikan manafaat kepada semua (Jin, 2002). McGrew (1992:65) menggambarkan globalisasi sebagai “intensification of global interconnectedness”. Apa yang dimaksudkan oleh McGrew dengan peningkatan hubungan jaringan global adalah pada waktu ini sempadan negara tidak lagi menjadi rintangan dalam kehidupan kita. Hampir semua aktiviti sudah mula bergerak merentasi sempadan negara sama ada barangan, modal, manusia, pengetahuan, imej, jenayah, pencemaran alam, dadah, fashion dan juga kepercayaan. Keadah pergerakan itu berlaku dalam pelbagai cara, sama ada melalui jaringan hubungan antara peribadi, institusi, pengangkutan udara dan juga jaringan sistem komunikasi.

Proses globalisasi telah menjadikan dunia semakin kecil seperti mana metafora Marshall McLuhan (1964) yang mengatakan dunia sudah menjadi sebagai “Kampong Sejagat”. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pula telah menggunakan metafora “Jiran Global Kita” untuk menghuraikan konteks politik negara-negara dalam proses globalisasi ini. Apakah yang sebenarnya berlaku dalam proses globalisasi? Adakah dunia telah “mengucup” menjadi kecil atau pun kaki dan tangan kita sudah “memanjang” sehingga boleh menjangkau merata pelusuk dunia dengan mudah? Satu perkara penting yang merealisasikan proses globalisasi ini adalah perkembangan dalam teknologi komunikasi. Melalui jaringan sistem komunikasi seperti Internet, telefon, atau rangkaian television global dunia telah “dikecilkan” dengan memungkinkan hubungan yang merentasi sempadan negara dilakukan dengan begitu mudah sekali. Begitu juga halnya diperingkat individu dimana dunia menjadi semakin rapat kerana kita mempunyai peluang menggunakan alat teknologi kmunikasi untuk memperluaskan sempadan ruang “dunia tempatan” kita kepada dunia global.

Bagi kita di Malaysia walaupun bahang globalisasi belum dirasakan sepenuhnya tetapi bibit-bibitnya telah menjadi kenyataan. Kita tidak boleh lagi mengatakan Negara kita terasing daripada rangkaian hubungan globalisasi ini. Walaupun mempunyai perkhidmatan siaran televisyen satelit yang terhad, tetapi sama ada siaran itu secara langsung atau tertangguh, kita sudah dapat menikmati program daripada media global setiap hari. Kita bukan sahaja disajikan dengan maklumat politik, kewangan dan social daripada pelbagai tempat didunia melalui CNN dan CNBC tetapi juga berkongsi hiburan yang sama dengan penduduk dunia yang lain melalui filem-filem melalui rangkaian tematik televisyen seperti HBO, Cinemax, dan Star Movies. Begitu juga generasi muda terdedah kepada rancangan tematik musikal seperti MTV dan V Channel, selain daripada diperagakan dengan perisian program kanak-kanak daripada Disney Channel dan Nicoldeian. ( Samsudin A. Rahim)

Menurut pandangan pesimis, golongan ini melihat globalisasi hanya akan mewujudkan satu pembentukan orde baru media. Kesan globalisasi merupakan proses perkampungan sejagat hanya satu mitos, wacana berat sebelah dan tidak bersifat global. Pendominasian budaya dilihat dimonopoli oleh syarikat ekonomi gergasi yang sentiasa bersaing di antara mereka atau adakalanya mereka bekerjasama (Shiller, 1991 dalam Morley dan Robins: 1995:13). Globalisasi hanya perangkap intelektual untuk menyalurkan idea lama modenisasi dan “amerikansasi”.

Satu-satunya cabaran globalisasi yang perlu diperbahaskan di agenda paling atas adalah cabaran ke atas aspek sosial budaya. Cabaran ini adalah suatu persoalan yang sangat kritikal kerana sesudah terlerainya benteng sosio budaya sesuatu kelompok masyarakat belia dapat disempurnakan maka segala usaha untuk menerobos bidang — bidang yang lain akan menjadi lebih mudah. Golongan muda sebahagian besarnya sudah terheret di dalam proses globalisasi sosio budaya. Melalui pelbagai saluran, golongan belia akan menjadi dan terus menjadi sasaran utama globalisasi yang didalangi oleh syarikat-syarikat multinasional dan transnasional. Sesungguhnya tidaklah mengejutkan apabila sistem sosio budaya masyarakat muda kini sudah dirungkai sehingga segala nilai tradisi kita kini sedang melalui proses penghakisan yang amat ketara.

Adalah terlalu ketara untuk menafikan mengenai wujudnya keadaan di mana anak-anak muda semakin menunjukkan tanda tercabut dari akar budaya, bangsa dan agamanya sendiri. Dalam keghairahan untuk mengejari gaya hidup global yang ditandai oleh pelbagai ciri kehidupan barat, anak-anak muda kita secara umumnya kini sudah tidak merasa bersalah untuk meniru secara bulat budaya hidup barat. Kita dapat saksikan globalisasi budaya ini dalam pelbagai bentuk kehidupan golongan belia.

Pengamatan yang jelas dapat membuktikan fenomena di atas boleh disaksikan dengan insiden-insiden dan trend berikut:

  • Pakaian jenama barat
  • Makanan segera keluaran barat
  • Minuman global yang ditaja oleh barat
  • Hiburan yang menonjolkan budaya barat
  • Media barat yang semakin membanjiri masyarakat muda
  • Rekreasi yang meniru ala barat
  • Dunia lakonan dan pembikinan filem cara barat
  • Majlis-majlis sosial yang menonjolkan acara-acara ala barat
  • Produk rokok yang menajakan budaya hidup barat

Demikianlah antara fenomena globalisasi yang kini sedang mencabar seluruh jati diri golongan muda. Dari globalisasi kepada dominasi, golongan muda semakin terdedah kepada kehidupan dan nilai keperibadian yang terputus dan terpisah jauh dari budaya hidup timur.

Kita tidak mempunyai pilihan melainkan untuk meneliti secara kritikal dari implikasi globalisasi yang semakin rancak dan tidak terkawal. Golongan muda seharusnya berani untuk menyanggah arus globalisasi bagi memastikan jati diri kita yang sebenar tidak akan digadai. Hanya golongan muda yang mempunyai keberanian dan keyakinan diri bahawa sementara kita ingin berinteraksi dengan dunia luar kita tetap akan terus yakin dan tegas dalam mempertahankan kejatian diri kita. Tanpa kesedaran ini globalisasi akan menenggelam dan melemaskan golongan muda dengan nilai dan pegangan hidup yang sangat mengelirukan dan palsu.(UTUSAN PENGGUNA, NOVEMBER 1997, M/S 32)

Lantaran ini, menjadi tanggungjawab para belia kini untuk mendidik dan mempersediakan diri dengan pelbagai keupayaan yang ada. Tetapi bagaimanakah kaedah untuk mendapatkan persediaan yang benar-benar mantap? Mereka mestilah mengambil peluang yang sedia ada ini agar tidak menyesal di kemudian hari kerana menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna lagi.

http://www.ippbm.gov.my/v2/index.php?option=com_rubberdoc&view=category&id=32&Itemid=25&lang=en

http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_remaja/cbrn_global.asp

http://www.abim.org.my/component/content/article/21-e-akhbar-abim/416-tiga-cabaran-utama-menanti-belia-islam-zaman-globalisasi.html

Thursday, March 11, 2010

TEKNOLOGI VS BELIA

Pada minggu ke-8 ini, kami akan membincangkan mengenai Teknologi vs Belia. Teknologi atau pertukangan memiliki lebih dari satu definisi. Salah satunya adalah pengembangan dan aplikasi dari alat, mesin, material dan proses yang menolong manusia menyelesaikan masalahnya. Sebagai aktivitas manusia, teknologi terlebih dahulu dikenali sebelum sains dan teknik.
Teknologi dibuat atas dasar ilmu pengetahuan dengan tujuan untuk mempermudahkan pekerjaan manusia, namun jika pada kenyataannya teknologi malah mempersulit, layakkah disebut Ilmu Pengetahuan?

Perkataan teknologi sering menggambarkan penemuan dan alat yang menggunakan prinsip dan proses penemuan saintifik yang baru ditemukan. Definisi lainnya (digunakan dalam ekonomi) adalah teknologi dilihat dari status pengetahuan kita yang sekarang dalam bagaimana menggabungkan sumber daya untuk mencipta produk yang diinginkan( dan pengetahuan kita tentang apa yang boleh dicipta). Oleh kerana itu, kita dapat melihat perubahan teknologi pada saat pengetahuan teknik kita meningkat.Namun,perubahan demi perubahan telah berlaku dalam penggunaan teknologi pada masa kini dimana ianya telah disalah guna oleh masayarakat yang hidup dalam keadaan yang serba canggih ini.

Sepatutnya teknologi adalah satu elemen untuk membantu masyarakat dunia dalam pelbagai bidang. Namun semakin hari dengan kepelbagaian teknologi sifat sesama manusia semakin terhakis. Mengapakah perkara sebegini harus terjadi? Adakah belia pada zaman sekarang lebih canggih dari teknologi? Sebagai contoh yang terdapat dalam artikel dibawah:

Bayi mati kelaparan, orang tua asyik di internet
Diperbaharui March 6, 2010 15:42:22
Petikan daripada laman web : www.radioaustralia.net

Polis Korea Selatan mengatakan, sepasang suami-isteri telah membiarkan bayi perempuan mereka kelaparan hingga mati, sementara mereka alpa dalam permainan online . Suami berusia 41 tahun dan isterinya, 25 tahun, telah ditangkap, 5 bulan sejak mereka melaporkan kematian bayi mereka berusia 3 bulan itu.Polis mengatakan, pasangan suami-isteri tersebut telah diburu sejak bayi mereka mati.Polis mendakwa bahawa pasangan tersebut memberi makan bayi yang lahir muda itu hanya sekali sehari, dalam jangka waktu 12 jam, dan mereka menghabiskan masa di Cafe Internet berdekatan dengan kediaman mereka. Seharusnya dengan adanya teknologi ia akan mempermudahkan kerja seharian kita tetapi,sebaliknya pula yang berlaku.

Pada satu masa dahulu, kita dikejutkan dengan pelbagai masalah sosial disebabkan teknologi, antaranya muat turun video lucah, aksi merbahaya mat rempit yang dirakamkan di telefon bimbit, penyalahgunaan internet dan banyak lagi. Namun hal ini bagai tiada penhujungnya. Pelbagai tindakan telah diambil bagi menyekat hal ini namun ia bagaikan cerita yang tiada penghujungnya. Ada diantara kita juga sanggup membunuh untuk memenangi ‘online game’. Sedangkan tiada hadiah yang ditawarkan kepada pemenang. Mengapa manusia bertindak seperti haiwan yang tiada akal? Majoriti ‘online game’ adalah berbentuk keganasan dimana ianya telah menjadi sebati dengan kehidupan para belia terutama bagi golongan lelaki. Setiap hari anak-anak muda akan mengunjungi pusat-pusat cyber cafe untuk menghabiskan masa disana. Memang tidak dapat dinafikan, hal ini menyebabkan kurangnya budak lepak . Namun, ianya member impak yang lebih dasyat dari budaya lepak. Kajian psikologi menunjukkan seseorang itu akan bertindak agresif jika mereka terdedah dengan persekitaran yang menujukkan keganasan.

Perkembangan teknologi informasi dewasa ini memang memang membuatkan pekerjaan kita semakin mudah. Namun, kita juga tidak boleh menolak andaian-andaian yang menyatakan bahawa selain daripada permudahkan kerja seharian kita, teknologi juga memberikan impak yang negatif bagi golongan belia masa kini. Antaranya adalah perubahan yang berlaku pada pola pemikiran dan tingkah laku belia pada masa ini misalnya mereka banyak dipengaruhi oleh tontonan yang terdapat pada stesen televisyen yang menyajikan program atau filem yang kurang mendidik. Pergaulan bebas dan ekspresi bentuk tubuh badan wanita baik melalui iklan, drama, atau berbagai jenis tayangan lainnya menjadi sebahagian daripada tontonan seharian kita di semua stesen televisyen.

Penzinaan yang sebelum ini tersembunyi kini dengan mudah diketahui kerana perkembangan teknologi yang merebak dengan pantas yang memungkinkan aktivitas tersebut menggunakan kemudahan teknologi seperti Internet, Bluetooth mahupun telefon bimbit. Sejauh manakah perkara ini akan berlarutan? Apakah jalan penyelesaian yang terbaik bagi menangani masalah ini? Belia kini boleh menyaksikan perkara-perkara yang tidak sepatutnya hanya dengan menggunakan teknologi yang ada tanpa ada batasan.

Jual diri di Facebook:
Petikan daripada laman web: Inilah.com

Inilah yang terjadi ketika Polwiltabes Surabaya menangkap dua pesalah, VE (20) dan AF (25). Keduanya ditangkap kerana 'menjual' gadis di bawah umur melalui facebook.
Ketika penangkapan itu, polis juga telah menahan empat orang gadis yang berumur dalam lingkungan 15 tahun. Mereka mengaku terjerat dalam dunia prostitusi pelajar kerana budaya konsumtif. Meskipun hanya berjaya menenangkan empat gadis, polis yakin, dari data yang terlacak masih ada sekitar 21 gadis lagi. Bahkan, yang belum ditahan polis, jumlahnya jauh lebih banyak lagi.

Dari hasil pemeriksaan yang diperoleh cara kerja VE dan AF, mereka menggunakan sarana facebook dengan akaun surabaya_girls@yahoo.com. Dari sana, lelaki atau buaya darat yang memerlukan perkhidmatan seksual boleh melakukan chatting dengan AF.
Setelah mendapat kepastian, AF akan menunjukkan foto-foto para remaja perempuan yang mengenakan pakaian seksi itu. Sedangkan VE mengaku, menggunakan jejaring sosial facebook sebagi sarana promosi karena efektif dan gratis. Dari foto-foto itu biasanya pelanggan memilih perempuan yang disukainya. Langkah selanjutnya, AF menghubungi VE, yang nantinya akan menghubungi remaja yang dipilih. Setelah itu, AF mengantar gadis belia tadi ke hotel yang sudah dijanjikan.

Soal pembayaran, ia boleh dilakukan dengan dua cara iaitu secara tunai dan juga online banking. Jadi, sebelum keduanya bertemu, si pelanggan membayar terlebih dulu ke AF. Untuk masing-masing gadis, tarifnya adalah dalam lingkungan antara Rp 400 sampai Rp 600 ribu, dipotong komisen Rp 100 ribu untuk VE dan AF selakudalangnya. [wdh]
s.com/2007/02/14/kemahiran






Secara kesimpulannya, seharusnya teknologi membawa kebaikan kepada kehidupan seharian kita terutamanya kepada golongan belia tetapi mengapa perkara sebaliknya yang berlaku? Adakah manusia zaman sekarang jahil? Adakah kerana kurangnya pengetahuan atau terikut-ikut dengan arus permodenan? Adakah teknologi membawa kebaikan atau keburukan kepada diri anda? Sama-samalah kita renungkannya..

Thursday, March 4, 2010

APLIKASI TEKNOLOGI OLEH BELIA

Belia merupakan generasi pelapis negara. Justeru itu golongan belia harus menguasai bidang sains teknologi untuk membangunkan negara supaya negara dapat bersaing dengan negara-negara maju yang berjaya dalam bidang teknologi. Sebagai usaha yang berterusan pihak kerajaan telah merealisasikan pelbagai inisiatif untuk membangunkan belia. Antara usahanya adalah dengan menubuhkan Majlis Belia Malaysia, Rakan Muda, Kelab Belia Unggul, Majlis Belia Negeri Perak dan Gerakan Belia 4B.


Menurut Ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim, belia perlu menguasai ilmu sains dan teknologi sekiranya mereka ingin mencapai kemajuan dalam hidup. Beliau juga menyatakan bahawa penguasaan teknologi perlu dipergiatkan supaya golongan belia mempunyai daya saing yang tinggi untuk berdepan dengan pelbagai cabaran pada masa depan. Beliau juga menekankan bahawa golongan belia harus bijak dan kreatif untuk menerokai teknologi serta menjadi pakar dalam bidang tersebut dan pada masa yang sama belia juga harus memastikan penguasaan itu bersesuaian dengan keperluan semasa dan masa depan.

Penguasaan belia dalam bidang sains dan teknologi amat diperlukan kerana ia merupakan antara bidang terpenting dan semakin menguasai pasaran pekerjaan semasa. Penguasaan ilmu khususnya dalam bidang ini amat penting untuk menjadi masyarakat yang maju dari pelbagai aspek bagi membolehkan mereka bersaing di peringkat yang lebih tinggi. Selain itu juga, penguasaan ilmu sains dan teknologi amat diperlukan dalam kehidupan dan golongan belia wajib menguasai bidang ini demi memastikan negara dan bangsa Malaysia lebih maju dan setaraf dengan bangsa-bangsa lain di dunia.

Belia bukan sahaja perlu menguasai bidang tersebut tetapi pada masa yang sama, perlu kreatif dan inovatif dalam mempraktikkan kemahiran mereka dalam bidang berkenaan sebagai usaha mengekalkan pencapaian cemerlang negara. Walaubagaimana pun penglibatan belia dalam bidang ini sahaja tidak mencukupi untuk melayakkan belia menguasai ilmu sains dan teknologi tetapi belia perlu kreatif dan inovatif dalam menghasilkan ciptaan sains dan teknologi. Apabila keadaan ini berjaya dicapai barulah mereka boleh dikatakan sudah mampu menguasai bidang tersebut.

KEMAHIRAN ASAS PENGUASAAN TEKNOLOGI

Belia wajar melengkapkan diri dengan kemahiran yang tinggi, berketrampilan, di samping bersahsiah terpuji demi meneruskan kecemerlangan dan kegemilangan bangsa serta negara. Keutuhan sesebuah negara dilihat daripada kekuatan golongan pelapis yang bakal menjadi penentu di dalam memastikan kelangsungan sesebuah negara untuk terus maju dan membangun. Justeru, bagi memastikan masa depan negara sentiasa dinamik dan proaktif, pendedahan terhadap keperluan menguasai ilmu serta kemahiran dalam bidang sains dan teknologi kepada golongan belia ini sudah tentu dapat melahirkan belia pewaris negara yang setaraf dengan negara berteknologi tinggi seperti negara Jepun. Berpadanan dengan saranan kerajaan, golongan ini wajar memperkasakan diri dengan pelbagai kemahiran yang dapat menjana kecemerlangan dan merealisasikan impian untuk menjadi negara yang ´cemerlang, gemilang, dan terbilang´ .

Jika diteliti semula, teras pembangunan belia di dalam Rancangan Malaysia Ke-8 (RMK-8) adalah untuk melengkapkan belia dengan pengetahuan serta kemahiran dalam bidang sains dan teknologi bagi membolehkan belia menghadapi halangan dan menyesuaikan diri dengan pembangunan ekonomi yang pesat selari dengan era globalisasi. Salah satu strategi utama bagi memastikan negara berkemampuan menghadapi cabaran globalisasi dan mengekalkan pertumbuhan ekonomi adalah dengan mewujudkan asas sumber manusia dinamik, kreatif, inovatif dan proaktif yang dapat menyokong pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan sains dan teknologi sekaligus dapat meningkatkan produktiviti dan daya saing negara.Keutamaan di sini adalah bagi menyediakan lebih ramai tenaga kerja yang mempunyai pengetahuan, kepakaran,dan kemahiran dalam bidang teknologi yang tinggi. Mantan Perdana Menteri, Tun Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah menyebut bahawa golongan belia perlu memperkasakan diri serta tenaga muda mereka bersandarkan tiga paksi utama iaitu kepimpinan, kemahiran, dan keusahawanan (3K) bagi membangunkan negara. Usaha itu perlu dilakukan dengan melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan.

Proses pengumpulan kemahiran juga harus bergerak secara seiring dengan pembentukan dan memupuk nilai-nilai kepimpinan. Setiap belia haruslah sentiasa peka dan bijak mengambil peluang yang ada disekelilling mereka supaya bidang teknologi dapat dikuasai.Kejayaan dasar Pandang Ke Timur yang diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad dengan mengambil contoh kejayaan negara-negara jiran yang maju seperti Jepun dan Korea merupakan satu contoh teladan terbaik yang patut diadaptasikan oleh golongan belia dalam usaha menambahkan kemahiran yang ada.

Modus operandi yang digunakan oleh negara-negara jiran ini adalah dengan mempelajari ilmu, teknologi dan kemahiran negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Jerman yang sememangnya terkenal dengan kemahiran dan teknologi tinggi. Ilmu, teknologi, dan kemahiran yang diperoleh ini bukan sahaja digunapakai, malahan juga digabungkan dengan idea kreatif dan inovatif mereka menjadikan apa yang telah diperolehi daripada pembelajaran dan pemerhatian mereka itu mampu menghasilkan sesuatu produk dengan hasil kerja yang lebih baik dan berdaya saing. Modus operandi ini jugalah yang perlu diterapkan kepada belia negara. Golongan belia juga disarankan untuk memiliki daya pemerhatian tinggi disamping memupuk minat mereka terhadap sebarang pekerjaan yang dilakukan.

Langkah penswastaan yang dipraktikkan oleh kerajaan secara tidak langsung merupakan salah satu peluang keemasan bagi golongan belia di mana langkah ini turut dilihat mampu menyediakan peluang pekerjaan yang sebahagian besarnya memerlukan serta menawarkan kemahiran baru kepada golongan belia di samping penggunaan teknologi yang lebih canggih. Badan-badan yang diswastakan juga turut serta bekerjasama dengan kerajaan dalam melaksanakan program-program yang bertujuan melatih belia bagi menambahkan kemahiran yang sedia ada disamping meningkatkan keupayaan dan daya saing mereka.

Kemahiran akan membuka ruang kepada belia mempelajari pelbagai kemahiran teknologi yang tidak terhad hanya kepada ruang lingkup yang sempit sahaja. Kemahiran di sini ialah kemampuan menguasai dan mempraktikkan ilmu dan teknologi yang dipelajari secara berkesan dan profesional dalam suasana pekerjaan sebenar sama ada dalam keadaan santai mahupun dalam keadaan tekanan yang tinggi. Selain memiliki ilmu dan kemahiran, belia juga haruslah mempunyai semangat keusahawanan. Semangat keusahawanan yang dimaksudkan ialah dimana belia bukan sahaja mampu memberikan pekerjaan kepada dirinya sendiri malahan secara tidak langsung turut berupaya mewujudkan peluang pekerjaan.Kerajaan telah membuka pelbagai peluang kepada belia bagi menambahkan ilmu dan kemahiran mereka dalam bidang keusahawanan antaranya dengan program latihan keusahawanan termasuk program pembangunan vendor dan francais. Institut Keusahawanan Negara (IKN) turut diwujudkan sebagai pusat untuk menjalankan perancangan strategik mengenai keusahawanan, risikan pasaran, Research and Development (R&D). Kewujudan Institut Kemahiran Mara (IKM) juga antara lain berperanan memberikan kemahiran kepada golongan belia, khususnya belia luar bandar menerusi latihan-latihan dalam bidang yang dilihat berpotensi dibangunkan antaranya kemahiran membuat perabot, tekstil, hiasan dalaman, lanskap, dan sebagainya.

Di Malaysia sahaja, 11 juta orang yang berumur antara 15 hingga 40 tahun yang dikategorikan sebagai golongan belia ini jika dijana dengan berkesan dengan ilmu dan kemahiran teknologi yang dilihat dapat memenuhi sektor kritikal, tuntutan tenaga buruh yang diperlukan negara dapat dipenuhi lantas mengurangkan kadar kebergantungan negara terhadap buruh asing dalam menghasilkan sesutu produk yang kreatif dan inovatif. Penggunaan teknologi baru telah meningkatkan produktiviti dengan penggunaan tenaga manusia yang minimum dan secara langsung mengurangkan kos buruh seunit serta meningkatkan tahap daya saing negara.

Sistem pendidikan dan latihan yang ada merupakan modul yang berkesan bagi memastikan belia negara dapat memenuhi keperluan pengetahuan dan teknologi baru bagi merangsang pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan daya saing. Menerusi sistem pendidikan inilah usaha memupuk daya cipta dan kemahiran kognitif untuk melahirkan tenaga manusia yang tinggi pengetahuan, mempunyai pelbagai kemahiran dan mempunyai kecekapan di dalam bidang keusahawanan dan teknologi tinggi terkini terutama sekali yang berkaitan dengan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).

Demi mencapai matlamat tersebut pembelajaran sepanjang hayat harus dijadikan sebagai satu gaya hidup supaya golongan belia ini tidak ketinggalan untuk sentiasa mempunyai kemahiran teknologi terbaru. Anjakan paradigma ini adalah merupakan suatu keperluan bagi mengajak belia melihat kemahiran teknologi sebagai sesuatu yang perlu untuk berjaya dalam hidup.

RUJUKAN
http://www.utusan.com.my
http://bobex.wordpress.com

Wednesday, February 24, 2010

TEKNOLOGI PERTANIAN DAN BELIA. SEJAUHMANAKAH PENGLIBATAN BELIA TERHADAP TEKNOLOGI PERTANIAN DAN CABARANNYA?

Bidang pertanian adalah amat luas yang meliputi usaha penternakan, penanaman, perikanan dan industri hiliran. Bidang pertanian komersial merujuk kepada kegiatan pertanian yang diusahakan dalam bentuk perladangan dengan hasil produktiviti dalam skala besar, jumlah keluasan tanah yang diusahakan luas, berdaya maju dan dimajukan dengan tanaman yang berpotensi untuk jualan bagi meningkatkan pendapatan dan menambah nilai guna tanah untuk pulangan yang bersifat komersial.

Kemajuan terkini dan penemuan baru dalam teknologi membawa satu dimensi dan revolusi baru dalam pembangunan sektor pertanian dengan mengenalpasti bidang usaha baru yang berkaitan seperti bioteknologi dan nanoteknologi. Perkembangan ini mewujudkan hala tuju baru sektor pertanian berasaskan kemajuan sains dan penerapan teknologi maklumat dan multimedia (ICT). Banyak pembaharuan dan perubahan yang akan berlaku dalam sektor pertanian melalui pendekatan sains dan teknologi moden. Khazanah biodiversiti di Malaysia perlu dimanfaatkan melalui aplikasi teknologi agar dapat diteroka secara meluas (FAMA, 2007).

Menurut pandangan Optimis iaitu Mcluhan, Alvin Toffler dan David Lyan, golongan ini mempunyai pandangan dominan terhadap teknologi. Teknologi membawa kepada pelbagai faedah dan menjanjikan dunia lebih maju dan sempurna. Teknologi dalam industri pertanian akan mengalami perubahan dalam penggunaan mesin-mesin yang membantu meningkatkan taraf hidup belia pada masa kini. Segala kerja-kerja dalam industri pertanian dapat dilakukan dengan mudah, cepat dan lebih efisyen lagi. Selain itu, membantu belia mahir dalam penggunaan teknologi. Dengan adanya teknologi pertanian moden seperti bioteknologi dalam penghasilan baka-baka yang baik dan hidrofonik dalam mengintesifkan proses pengeluaran dapat meningkatkan pertumbuhan sektor pertanian sejajar dengan wawasan pertanian Negara.

Menurut pandangan pesimis adalah sebaliknya, dengan perkembangan teknologi dalam bidang pertanian telah menyebabkan belia dan pekerja kini telah diambil alih oleh teknologi, jentera dan tenaga mesin. Dengan ini menyebabkan pengangguran di kalangan belia. Belia yang mempunyai kemahiran terhad sukar mencari pekerjaan. Ini kerana penglibatan belia dalam bidang pertanian adalah kurang berbanding bidang-bidang lain. Teknologi juga akan membawa kepada kesan buruk dimana belia akan menyalahgunakan teknologi untuk tujuan yang tidak berfaedah serta memberi kesan yang negatif kepada Negara dan masyarakat.

Belia tani yang berkeupayaan adalah memenuhi harapan negara masa hadapan adalah beliatani yang cemerlang dan berterusan mengorak langkah untuk menjadi seorang petani nukleus. Mereka bertanggungjawab menerajui pengurusan pertanian dan menjadi penyumbang kepada keaktifan pertanian kawasan tempat tinggal mereka. Beliatani seperti inilah yang diharapkan menjadi pelapis pertanian bagi menggantikan generasi petani yang semakin tua dimamah usia. Mereka semestinya mengikut perubahan dan kemajuan dunia hari ini yang menimbulkan berbagai isu dan perkara yang member kesan kepada pembangunan beliatani Malaysia. Antaranya adalah seperti perubahan sektor pertanian Malaysia, perubahan taraf dan nilai kehidupan dan perubahan persekitaran yang sangat ketara akhir-akhir ini yang diperbincangkan dalam perenggan-perenggan seterusnya.

Golongan belia dikategorikan sebagai aset bernilai negara kerana mereka adalah pewaris yang akan meneruskan kesinambungan pembangunan Negara dan merupakan sumber tenaga kerja yang terpenting. Sumber tenaga yang menjadi tunggak negara ini, mestilah dibangunkan dan digemblengkan menjadi rakan pembangunan sumber tenaga yang berkualiti dan produktif. Walaupun liberalisasi ekonomi dan dasar penswastaan telah dikatakan sebagai pengerak kepada pertumbuhan ekonomi yang dicapai sekarang, namun seandainya belia kita tidak mampu untuk menerus dan mengekalkan kejayaan yang sedang dicapai dan seterusnya mencipta kemajuan pada masa akan datang, pertumbuhan ekonomi sudah tentu akan terencat. (Jurnal Pembangunan Belia Malaysia 1 Disember 2008:99-114)

SEJAUHMANAKAH PENGLIBATAN BELIA TERHADAP TEKNOLOGI PERTANIAN?

Artikel: REMBAU 9 Jun - Generasi belia disaran menceburi bidang pertanian kerana penglibatan dalam sektor itu boleh menjanjikan pendapatan dan kehidupan yang lebih baik kepada masa depan mereka.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, generasi belia tidak perlu merasa bimbang untuk terlibat dalam sektor yang menguntungkan itu dengan menceburi bidang pertanian, penternakan dan perikanan.

''Golongan muda kebanyakannya lebih berminat bekerja dalam sektor 'kolar putih.' Tidak ramai yang mahu mengotorkan tangan untuk menjadi petani.

''Pemikiran begini perlu diubah kerana sektor pertanian boleh menguntungkan mereka," kata beliau. (Utusan Malaysia Online: Belia digesa ceburi pertanian, 10/6/2008)

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Penglibatan Belia dalam Bidang Pertanian dan industri Asas Tani

Sejak akhir-akhir ini hasil kempen dan penerangan yang dijalankan secara kerap dan pro-aktif oleh pelbagai agensi kerajaan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kementerian Belia dan Sukan bagi mengubah persepsi tentang bidang pertanian, sambutan yang diterima daripada golongan belia terutamanya golongan siswazah kian memberangsangkan dan menunjukkan peningkatan biarpun peratusnya masih kecil. Apa yang pasti, generasi belia hari ini mulai sedar bahawa mentaliti makan gaji perlu ditinggalkan jika mahukan perubahan dan beranjak kepada kehidupan yang lebih berwawasan dan produktif.

Terdapat pelbagai faktor yang mendorong golongan belia berkesedaran mengambil keputusan menceburi bidang pertanian sebagai satu perniagaan dan asas tani sebagai satu industri biarpun memiliki diploma dan ijazah dalam bidang lain. Secara asasnya faktor-faktor itu dapat dinyatakan seperti berikut (FAMA, 2007):

Persepsi belia terhadap pertanian

Akibat kesukaran mendapatkan pekerjaan dan persaingan yang hebat dalam merebut jawatan di sektor awam dan swasta, persepsi belia lepasan IPT tentang bidang pertanian sedikit demi sedikit mulai berubah ditambah pula setelah melihat kejayaan usahawan tani yang berjaya dan memperoleh pendapatan yang lumayan. Golongan belia berpendidikan pada hari ini juga lebih terbuka dan melihat potensi yang terbuka luas untuk mereka ceburi di bidang pertanian. Mereka tidak lagi boleh bergantung kepada kerja makan gaji, mereka perlu mengambil keputusan untuk keluar daripada paradigma lama menjadi usahawan yang berjaya di bidang pertanian.

Aplikasi teknologi di bidang pertanian

Pemodenan bidang pertanian dewasa ini serta langkah kerajaan menghantar peserta projek untuk mempelajari teknik-teknik pertanian baru di dalam dan luar negara dan aplikasi teknologi moden yang lebih mudah dan menjimatkan masa ditambah pula dengan pengenalan baka dan benih bermutu yang mengeluarkan hasil dalam tempoh yang singkat menambahkan minat dan kecenderungan golongan belia untuk menceburi sektor pertanian.

Pendapatan sampingan dan industri hiliran sektor pertanian

Menceburi sektor pertanian juga tidak menghadkan peserta hanya kepada satu aktiviti. Kebiasaannya peserta yang terlibat dalam projek tanaman cili umpamanya dapat mempelbagaikan usahanya dengan aktiviti lain seperti mengusahakan kolam ikan di kawasan yang sama dan mengeluarkan produk berasaskan cili seperti Sos Cili dan Cili Boh. Aktiviti tambahan dan industri hiliran ini memberikan pulangan yang lumayan.

Akses maklumat tentang sektor pertanian komersial dan industri asas tani

Zaman globalisasi pada hari ini menyaksikan maklumat dapat diakses dengan mudah hanya dihujung jari. Kemudahan ini membolehkan golongan belia mendapat maklumat terkini tentang kemajuan pertanian di negara-negara lain, profil usahawan tani di serata dunia, maklumat tentang benih dan baka terpilih serta cara-cara menjadi usahawan tani yang berjaya. Semuanya ini mengubah persepsi dan tanggapan belia tentang bidang pertanian dan memberi mereka kekuatan semangat untuk menceburi bidang ini.

Kemudahan pemasaran dan khidmat teknikal

Ramai golongan belia enggan menceburi bidang pertanian apabila melihat akan pengalaman generasi sebelum mereka yang mengusahakan bidang pertanian. Mereka melihat sebab kegagalan projek pertanian berpunca daripada kelemahan strategi pemasaran, ketiadaan khidmat pengangkutan dan bantuan teknikal sehingga tanaman yang telah dituai gagal dipasarkan. Pandangan ini telah berubah melihat kepada kesungguhan kerajaan melalui agensinya sepertimana projek TKPM di Hulu Tiram yang menyediakan khidmat pemasaran, pengangkutan dan bantuan teknikal seperti khidmat nasihat, racun, baja, kawalan penyakit tanaman, pemilihan baka dan benih yang baik dan pelbagai lagi bantuan membolehkan kerja-kerja dilakukan secara teratur di samping mengurangkan beban yang dipikul oleh para petani. Antara agensi penting dalam pemasaran hasil pertanian ialah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Sokongan penuh daripada kerajaan

Kerajaan melalui agensi sedia ada diterajui oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Kementerian Belia dan Sukan benar-benar menunjukkan kesungguhan untuk membuka peluang kepada lepasan IPT menceburi bidang pertanian komersial. Pelbagai usaha dijalankan antaranya skim pertanian berkelompok, projek ternakan udang, projek ternakan ikan, projek pemeliharaan kambing baka terpilih, projek tanaman pokok Naga dan pelbagai usaha lagi yang mendapat sokongan dari segi penyediaan tapak, bantuan modal, khidmat teknikal dan kepakaran, khidmat pemasaran dan khidmat lepas jualan untuk menarik minat golongan belia untuk mengambil keputusan menceburi bidang ini.

Hubungan Keluarga dan Masyarakat

Keluarga dan masyarakat merupakan dua entiti berpengaruh dalam pengambilan keputusan oleh individu yang menjadi ahli keluarga dan ahli masyarakat. Perubahan zaman dan kepesatan pembangunan menyaksikan pandangan keluarga dan masyarakat juga telah berubah. Ibu bapa tidak lagi menghalang anak-anak mereka lepasan IPT menceburi bidang pertanian melihat insentif yang ditawarkan oleh pihak kerajaan kepada golongan siswazah tani begitu juga pandangan dan tanggapan masyarakat. Mereka tidak lagi memandang rendah keopada belia tani sebaliknya menghormati keputusan mereka malah turut memberikan sokongan dan bantuan.

Semua Antara faktor-faktor di atas dilihat sebagai pemangkin yang mendorong golongan belia berpendidikan mengambil keputusan untuk menceburi sektor pertanian komersial dan menjadi usahawan.

Kempen-kempen kesedaran

Peranan media massa dalam menyebarkan maklumat tentang pertanian komersial baik melalui media elektronik, media cetak, portal maya dan sebagainya menimbulkan kesedaran kepada golongan belia untuk mencuba nasib dalam sektor pertanian komersial ditambah pula dengan pelbagai insentif dan ganjaran yang menunggu mereka yang telah disediakan oleh pihak kerajaan. Pelancaran Wilayah Pembangunan Koridor Utara (NCER) telah meningkatkan kesedaran belia tentang kepentingan dan keutamaan sektor pertanian sebagai peluang perniagaan baru yang tidak boleh dilepaskan.

Contohnya: Program Usahawan Tani Muda Jaya merupakan satu program penjenamaan semula atau rebranding Program Pembangunan Siswazah Tani sedia ada. Pelaksanaan program ini diselaraskan dengan melaksanakan pembangunan secara berpakej di sepanjang rantaian nilai meliputi aspek latihan kemahiran dan keusahawanan; penyediaan infrastruktur dan premis perniagaan; pembiayaan; pembangunan produk; serta promosi dan pemasaran. Program ini juga akan melibatkan peranan bukan sahaja kementerian dan jabatan / agensi di bawah kementerian serta agensi-agensi lain malah turut melibatkan penyertaan aktif pihak swasta terutamanya dalam aktiviti hiliran / downstream serta promosi dan pemasaran. Pendekatan strategik seperti kontrak peladangan dan anchor-vendor akan digunakan dalam memastikan pelaksanaan yang berkesan program ini.

Masalah utama sektor pertanian kini adalah kekurangan tenaga mahir di kalangan golongan muda yang merupakan pelapis kemajuan negara. Justeru itu, pelaksanaan program ini diharap mampu membudayakan dan menarik minat golongan muda terutamanya kumpulan siswazah menceburi sektor pertanian. Kementerian yakin melalui perancangan yang rapi, program yang tersusun dan penggemblengan usaha semua pihak mampu menjadikan sektor pertanian diminati oleh golongan muda asalkan ianya mampu member pulangan yang lumayan kepada mereka.

Pada tahun 2010, kementerian akan memulakan program ini dengan hanya melibatkan seramai 100 siswazah / belia yang mempunyai kemahiran dalam sektor pertanian. Siswazah / belia ini akan diberikan latihan keusahawan berasaskan konsep inkubator dan seterusnya dibangunkan dengan segala kemudahan dan bantuan sehingga ke promosi dan pemasaran dengan kerjasama erat pihak swasta. 100 siswazah / belia akan dijadikan sebagai KPI Y.B. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Bagi Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) pula, kementerian berhasrat akan memperluaskan program kepada golongan siswazah dan belia dalam pelbagai bidang kemahiran untuk menceburi sektor pertanian. Dengan kata lain, graduan dalam bidang kejuruteraan dan teknologi maklumat sekiranya berminat boleh menyertai program ini. Kementerian berharap melalui inisiatif ini, ianya akan dapat membantu masalah kekurangan tenaga mahir muda dalam sektor pertanian di samping mengurangkan penganguran di kalangan siswazah.

Program Usahawan Tani Muda Jaya merupakan satu program pertanian menyeluruh yang dilaksanakan secara berpakej dan semestinya ianya memerlukan satu jangkamasa yang lama untuk dinilai dari segi keberkesanannya. Namun begitu, bagi pelaksanaan pada tahun 2010, kementerian mensasarkan golongan muda atau siswazah yang terlibat akan mampu bersaing dalam dunia perniagaan dengan pendapatan melebihi RM2,000 sebulan pada penghujung tahun 2010. ( Blog MOA-Majlis Pelancaran Program Usahawan Tani Muda Jaya)

http://ibppbm.gov.my/v2/index.php?option= com...view

http://blogmoa.moa.gov.my/?cat=8

http://xinniralubayna.blogspot.com/2009/07/beberapa-langkah-dalam-meningkatkan.html

http://www.hum.usm.my/geo/course/HGM340/dasardpn3.htm

http://www.yadim.com.my/Ekonomi/EkonomiFull.asp?Id=158

http://banktani.tripod.com/abimusa.htm

http://rostam97.tripod.com/9199/919903.html

http://www.moa.gov.my/lebih_ramai

Friday, February 12, 2010

TEKNOLOGI KOMUNIKASI TERHADAP BELIA LUAR BANDAR

Selaras dengan pembangunan teknologi masa kini, orang ramai dilihat lebih gemar menggunakan Internet untuk berhubung antara satu sama lain. Penggunaan teknologi tidak asing lagi dengan belia-belia bandar dan juga luar bandar. apa yang dapat dikupaskan berkenaan dengan belia luar bandar adalah belia yang berada di luar daripada kawansan bandar dan kurang menerima pendedahan terhadap penggunaan teknologi maklumat komunikasi (ICT).

Perkembangan pembangunan negara membawa implikasi belia hari ini mesti mempunyai sifat-sifat positif yang membolehkan mereka memainkan peranan penting dalam pembangunan negara dan meralisasikan wawasan 2020, disamping menangani cabaran dan tuntutan era globalisasi dan liberalisasi. Belia alaf masyarakat maklumat dan masyarakat global mesti mempunyai jati diri yang mantap. potensi yang bersemangat, tekad juang, fikiran, sikap, dan daya cipta dibangunkan dan dimanfaatkan. Salah satu aspek utama yang perlu diberi perhatian berterusan ialah identiti diri belia. Identiti diri boleh mengambarkan gaya hidup seseorng individu.

Belia perlu menyiapkan pelbagai ilmu pengatahuan berkaitan dengan ICT yang membantu meralisasikan masyarakat berpengatahuan. walaibagaimanapun penguasaan ICT masih berada pada tahap yang rendah dalam kalangan belia luar bandar yang menghadapi jurang digital. masyarakat di kawasan luar bandar perlu diberikan pendekatan ICT agar pelbagai aplikasi dapat memberi manfaat dan ilmu terhadap kawasan luar bandar di pertingkatkan.

Sejauhmana penggunaan teknologi maklumat komunikasi (ICT) terhadap belia luar bandar?
Menurut berita 25 jan, Penubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) kementerian pembangunan luar bandar giat menjalankan usaha-usaha menceriakan dan menghidupkan kegiatan ekonomi di kawasan luar bandar. Kerajaan juga mengalu-alukan usaha universiti untuk merapatkan jurang digital luar bandar khususnya kawasan pedalaman dalam melahirkan penduduk yang celik teknologi maklumat (IT). Contohnya pelancaran internet desa yang menjadi tumpuan terhadaap felda-felda atau kawasan pedalaman menjadikan ramai belia-belia luar bandar untuk mempelajari cara mengendalikan komputer, perhubungan internet, kelas mempelajari "microsolf" serta teori dan praktikal menggunakan gajet-gaget teknologi komunikasi. Dengan kewujudan perkhidmatan yang disediakan dapat membentuk lebih ramai belia luar bandar menggunakan teknologi komunikasi dengan efisien, sekali gus dapat memantapkan bahasa melayu dan inggeris.

Pelbagai inisiatif dijalankan untuk merapatkan jurang digital di negara kita. Inisiatif ini datangnya daripada pelbagai pihak dan berperanan untuk memperkasakan komuniti dan menjana ilmu melalui usaha menyeberangi jurang teknologi dan jurang minda. Oleh itu, keperluan asas yang perlu dimiliki oleh belia ialah memiliki pengatahuan dan kemahiran asas ICT yang tidak terhad dan membina penjanaan budaya pemikiran kritis dan kreatif (Mashitah Yaacob dan Maharam Mamat,2000). kemahiran dan pengatahuan ICT juga perlu untuk persediaan sosial yang lain seperti berkomunikasi, berinteraksi, bermain dan berhibur di alam maya serta memperolehi maklumat berkaitan dengan pekerjaan dan pembelajaran.

Adakah Penduduk luar bandar diseru manfaatkan ICT?
Pemilikan dan pengaplikasian peralatan ICT dengan menggunakan komputer adalah satu keperluan memandangkan negara kita bergantung kepada peralatan tersebut untuk mendapatkan dan menyalurkan maklumat bagi tujuan pembangunan dan pengaplikasian ICT terutama internet sangat tinggi (Norizan et, al 2006). Penduduk luar bandar banyak didedahkan dengan pelbagai pendedahan teknologi komunikasi. seperti yang dijalankan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda), program Jom Jelajah ICT membolehkan masyarakat mendapat ilmu pengatahuan yang mendalam terhadap penggunaan teknologi komunikasi. program yang dijalankan menjadi pemangkin kepada konsep mengurangkan jurang antara penduduk bandar dan luar bandar. Selain itu ianya juga dapat membentuk komuniti masyarakat luar bandar berpengatahuan serta berdaya saing dalam menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi.


Merujuk kepada taburan identiti belia mengikut tahap pendedahan pada media massa. Responden yang diketogorikan berpendedahan tinggi pada media didapati tergolong dalam ketogori trendy (20.0%). normal (18.5%), konstruktif (19.9%) dan berwawasan (12.8%). Manakala yang berpendedahan sederhana lebih ramai yang tergolong dalam katogori konstruktif (20.4%), berwawasan (19.6%), normal (17.6%) dan agama (14.2%). sementara mereka yang berpendedahan rendah ramai mengaitkan diri dengan agama (21.2%), konstruktif (17.6%) dan normal (14.1%). Kalangan responden banyak berpendedahan tinggi pada media massa berbanding sederhana dan rendah. (kajian yang dijalankan oleh Identiti Kontemporari Belia Malaysia) dalam kajian yang dijalankan jelas menunjukan belia mendapat maklumat daripada media massa, belia luar bandar kurang mendapat pendedahan yang tinggi terhadap penggunaan teknologi maklumat dan keseluruhan gajet-gajet teknologi komunikasi.