RSS

Wednesday, February 24, 2010

TEKNOLOGI PERTANIAN DAN BELIA. SEJAUHMANAKAH PENGLIBATAN BELIA TERHADAP TEKNOLOGI PERTANIAN DAN CABARANNYA?

Bidang pertanian adalah amat luas yang meliputi usaha penternakan, penanaman, perikanan dan industri hiliran. Bidang pertanian komersial merujuk kepada kegiatan pertanian yang diusahakan dalam bentuk perladangan dengan hasil produktiviti dalam skala besar, jumlah keluasan tanah yang diusahakan luas, berdaya maju dan dimajukan dengan tanaman yang berpotensi untuk jualan bagi meningkatkan pendapatan dan menambah nilai guna tanah untuk pulangan yang bersifat komersial.

Kemajuan terkini dan penemuan baru dalam teknologi membawa satu dimensi dan revolusi baru dalam pembangunan sektor pertanian dengan mengenalpasti bidang usaha baru yang berkaitan seperti bioteknologi dan nanoteknologi. Perkembangan ini mewujudkan hala tuju baru sektor pertanian berasaskan kemajuan sains dan penerapan teknologi maklumat dan multimedia (ICT). Banyak pembaharuan dan perubahan yang akan berlaku dalam sektor pertanian melalui pendekatan sains dan teknologi moden. Khazanah biodiversiti di Malaysia perlu dimanfaatkan melalui aplikasi teknologi agar dapat diteroka secara meluas (FAMA, 2007).

Menurut pandangan Optimis iaitu Mcluhan, Alvin Toffler dan David Lyan, golongan ini mempunyai pandangan dominan terhadap teknologi. Teknologi membawa kepada pelbagai faedah dan menjanjikan dunia lebih maju dan sempurna. Teknologi dalam industri pertanian akan mengalami perubahan dalam penggunaan mesin-mesin yang membantu meningkatkan taraf hidup belia pada masa kini. Segala kerja-kerja dalam industri pertanian dapat dilakukan dengan mudah, cepat dan lebih efisyen lagi. Selain itu, membantu belia mahir dalam penggunaan teknologi. Dengan adanya teknologi pertanian moden seperti bioteknologi dalam penghasilan baka-baka yang baik dan hidrofonik dalam mengintesifkan proses pengeluaran dapat meningkatkan pertumbuhan sektor pertanian sejajar dengan wawasan pertanian Negara.

Menurut pandangan pesimis adalah sebaliknya, dengan perkembangan teknologi dalam bidang pertanian telah menyebabkan belia dan pekerja kini telah diambil alih oleh teknologi, jentera dan tenaga mesin. Dengan ini menyebabkan pengangguran di kalangan belia. Belia yang mempunyai kemahiran terhad sukar mencari pekerjaan. Ini kerana penglibatan belia dalam bidang pertanian adalah kurang berbanding bidang-bidang lain. Teknologi juga akan membawa kepada kesan buruk dimana belia akan menyalahgunakan teknologi untuk tujuan yang tidak berfaedah serta memberi kesan yang negatif kepada Negara dan masyarakat.

Belia tani yang berkeupayaan adalah memenuhi harapan negara masa hadapan adalah beliatani yang cemerlang dan berterusan mengorak langkah untuk menjadi seorang petani nukleus. Mereka bertanggungjawab menerajui pengurusan pertanian dan menjadi penyumbang kepada keaktifan pertanian kawasan tempat tinggal mereka. Beliatani seperti inilah yang diharapkan menjadi pelapis pertanian bagi menggantikan generasi petani yang semakin tua dimamah usia. Mereka semestinya mengikut perubahan dan kemajuan dunia hari ini yang menimbulkan berbagai isu dan perkara yang member kesan kepada pembangunan beliatani Malaysia. Antaranya adalah seperti perubahan sektor pertanian Malaysia, perubahan taraf dan nilai kehidupan dan perubahan persekitaran yang sangat ketara akhir-akhir ini yang diperbincangkan dalam perenggan-perenggan seterusnya.

Golongan belia dikategorikan sebagai aset bernilai negara kerana mereka adalah pewaris yang akan meneruskan kesinambungan pembangunan Negara dan merupakan sumber tenaga kerja yang terpenting. Sumber tenaga yang menjadi tunggak negara ini, mestilah dibangunkan dan digemblengkan menjadi rakan pembangunan sumber tenaga yang berkualiti dan produktif. Walaupun liberalisasi ekonomi dan dasar penswastaan telah dikatakan sebagai pengerak kepada pertumbuhan ekonomi yang dicapai sekarang, namun seandainya belia kita tidak mampu untuk menerus dan mengekalkan kejayaan yang sedang dicapai dan seterusnya mencipta kemajuan pada masa akan datang, pertumbuhan ekonomi sudah tentu akan terencat. (Jurnal Pembangunan Belia Malaysia 1 Disember 2008:99-114)

SEJAUHMANAKAH PENGLIBATAN BELIA TERHADAP TEKNOLOGI PERTANIAN?

Artikel: REMBAU 9 Jun - Generasi belia disaran menceburi bidang pertanian kerana penglibatan dalam sektor itu boleh menjanjikan pendapatan dan kehidupan yang lebih baik kepada masa depan mereka.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, generasi belia tidak perlu merasa bimbang untuk terlibat dalam sektor yang menguntungkan itu dengan menceburi bidang pertanian, penternakan dan perikanan.

''Golongan muda kebanyakannya lebih berminat bekerja dalam sektor 'kolar putih.' Tidak ramai yang mahu mengotorkan tangan untuk menjadi petani.

''Pemikiran begini perlu diubah kerana sektor pertanian boleh menguntungkan mereka," kata beliau. (Utusan Malaysia Online: Belia digesa ceburi pertanian, 10/6/2008)

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Penglibatan Belia dalam Bidang Pertanian dan industri Asas Tani

Sejak akhir-akhir ini hasil kempen dan penerangan yang dijalankan secara kerap dan pro-aktif oleh pelbagai agensi kerajaan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kementerian Belia dan Sukan bagi mengubah persepsi tentang bidang pertanian, sambutan yang diterima daripada golongan belia terutamanya golongan siswazah kian memberangsangkan dan menunjukkan peningkatan biarpun peratusnya masih kecil. Apa yang pasti, generasi belia hari ini mulai sedar bahawa mentaliti makan gaji perlu ditinggalkan jika mahukan perubahan dan beranjak kepada kehidupan yang lebih berwawasan dan produktif.

Terdapat pelbagai faktor yang mendorong golongan belia berkesedaran mengambil keputusan menceburi bidang pertanian sebagai satu perniagaan dan asas tani sebagai satu industri biarpun memiliki diploma dan ijazah dalam bidang lain. Secara asasnya faktor-faktor itu dapat dinyatakan seperti berikut (FAMA, 2007):

Persepsi belia terhadap pertanian

Akibat kesukaran mendapatkan pekerjaan dan persaingan yang hebat dalam merebut jawatan di sektor awam dan swasta, persepsi belia lepasan IPT tentang bidang pertanian sedikit demi sedikit mulai berubah ditambah pula setelah melihat kejayaan usahawan tani yang berjaya dan memperoleh pendapatan yang lumayan. Golongan belia berpendidikan pada hari ini juga lebih terbuka dan melihat potensi yang terbuka luas untuk mereka ceburi di bidang pertanian. Mereka tidak lagi boleh bergantung kepada kerja makan gaji, mereka perlu mengambil keputusan untuk keluar daripada paradigma lama menjadi usahawan yang berjaya di bidang pertanian.

Aplikasi teknologi di bidang pertanian

Pemodenan bidang pertanian dewasa ini serta langkah kerajaan menghantar peserta projek untuk mempelajari teknik-teknik pertanian baru di dalam dan luar negara dan aplikasi teknologi moden yang lebih mudah dan menjimatkan masa ditambah pula dengan pengenalan baka dan benih bermutu yang mengeluarkan hasil dalam tempoh yang singkat menambahkan minat dan kecenderungan golongan belia untuk menceburi sektor pertanian.

Pendapatan sampingan dan industri hiliran sektor pertanian

Menceburi sektor pertanian juga tidak menghadkan peserta hanya kepada satu aktiviti. Kebiasaannya peserta yang terlibat dalam projek tanaman cili umpamanya dapat mempelbagaikan usahanya dengan aktiviti lain seperti mengusahakan kolam ikan di kawasan yang sama dan mengeluarkan produk berasaskan cili seperti Sos Cili dan Cili Boh. Aktiviti tambahan dan industri hiliran ini memberikan pulangan yang lumayan.

Akses maklumat tentang sektor pertanian komersial dan industri asas tani

Zaman globalisasi pada hari ini menyaksikan maklumat dapat diakses dengan mudah hanya dihujung jari. Kemudahan ini membolehkan golongan belia mendapat maklumat terkini tentang kemajuan pertanian di negara-negara lain, profil usahawan tani di serata dunia, maklumat tentang benih dan baka terpilih serta cara-cara menjadi usahawan tani yang berjaya. Semuanya ini mengubah persepsi dan tanggapan belia tentang bidang pertanian dan memberi mereka kekuatan semangat untuk menceburi bidang ini.

Kemudahan pemasaran dan khidmat teknikal

Ramai golongan belia enggan menceburi bidang pertanian apabila melihat akan pengalaman generasi sebelum mereka yang mengusahakan bidang pertanian. Mereka melihat sebab kegagalan projek pertanian berpunca daripada kelemahan strategi pemasaran, ketiadaan khidmat pengangkutan dan bantuan teknikal sehingga tanaman yang telah dituai gagal dipasarkan. Pandangan ini telah berubah melihat kepada kesungguhan kerajaan melalui agensinya sepertimana projek TKPM di Hulu Tiram yang menyediakan khidmat pemasaran, pengangkutan dan bantuan teknikal seperti khidmat nasihat, racun, baja, kawalan penyakit tanaman, pemilihan baka dan benih yang baik dan pelbagai lagi bantuan membolehkan kerja-kerja dilakukan secara teratur di samping mengurangkan beban yang dipikul oleh para petani. Antara agensi penting dalam pemasaran hasil pertanian ialah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Sokongan penuh daripada kerajaan

Kerajaan melalui agensi sedia ada diterajui oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Kementerian Belia dan Sukan benar-benar menunjukkan kesungguhan untuk membuka peluang kepada lepasan IPT menceburi bidang pertanian komersial. Pelbagai usaha dijalankan antaranya skim pertanian berkelompok, projek ternakan udang, projek ternakan ikan, projek pemeliharaan kambing baka terpilih, projek tanaman pokok Naga dan pelbagai usaha lagi yang mendapat sokongan dari segi penyediaan tapak, bantuan modal, khidmat teknikal dan kepakaran, khidmat pemasaran dan khidmat lepas jualan untuk menarik minat golongan belia untuk mengambil keputusan menceburi bidang ini.

Hubungan Keluarga dan Masyarakat

Keluarga dan masyarakat merupakan dua entiti berpengaruh dalam pengambilan keputusan oleh individu yang menjadi ahli keluarga dan ahli masyarakat. Perubahan zaman dan kepesatan pembangunan menyaksikan pandangan keluarga dan masyarakat juga telah berubah. Ibu bapa tidak lagi menghalang anak-anak mereka lepasan IPT menceburi bidang pertanian melihat insentif yang ditawarkan oleh pihak kerajaan kepada golongan siswazah tani begitu juga pandangan dan tanggapan masyarakat. Mereka tidak lagi memandang rendah keopada belia tani sebaliknya menghormati keputusan mereka malah turut memberikan sokongan dan bantuan.

Semua Antara faktor-faktor di atas dilihat sebagai pemangkin yang mendorong golongan belia berpendidikan mengambil keputusan untuk menceburi sektor pertanian komersial dan menjadi usahawan.

Kempen-kempen kesedaran

Peranan media massa dalam menyebarkan maklumat tentang pertanian komersial baik melalui media elektronik, media cetak, portal maya dan sebagainya menimbulkan kesedaran kepada golongan belia untuk mencuba nasib dalam sektor pertanian komersial ditambah pula dengan pelbagai insentif dan ganjaran yang menunggu mereka yang telah disediakan oleh pihak kerajaan. Pelancaran Wilayah Pembangunan Koridor Utara (NCER) telah meningkatkan kesedaran belia tentang kepentingan dan keutamaan sektor pertanian sebagai peluang perniagaan baru yang tidak boleh dilepaskan.

Contohnya: Program Usahawan Tani Muda Jaya merupakan satu program penjenamaan semula atau rebranding Program Pembangunan Siswazah Tani sedia ada. Pelaksanaan program ini diselaraskan dengan melaksanakan pembangunan secara berpakej di sepanjang rantaian nilai meliputi aspek latihan kemahiran dan keusahawanan; penyediaan infrastruktur dan premis perniagaan; pembiayaan; pembangunan produk; serta promosi dan pemasaran. Program ini juga akan melibatkan peranan bukan sahaja kementerian dan jabatan / agensi di bawah kementerian serta agensi-agensi lain malah turut melibatkan penyertaan aktif pihak swasta terutamanya dalam aktiviti hiliran / downstream serta promosi dan pemasaran. Pendekatan strategik seperti kontrak peladangan dan anchor-vendor akan digunakan dalam memastikan pelaksanaan yang berkesan program ini.

Masalah utama sektor pertanian kini adalah kekurangan tenaga mahir di kalangan golongan muda yang merupakan pelapis kemajuan negara. Justeru itu, pelaksanaan program ini diharap mampu membudayakan dan menarik minat golongan muda terutamanya kumpulan siswazah menceburi sektor pertanian. Kementerian yakin melalui perancangan yang rapi, program yang tersusun dan penggemblengan usaha semua pihak mampu menjadikan sektor pertanian diminati oleh golongan muda asalkan ianya mampu member pulangan yang lumayan kepada mereka.

Pada tahun 2010, kementerian akan memulakan program ini dengan hanya melibatkan seramai 100 siswazah / belia yang mempunyai kemahiran dalam sektor pertanian. Siswazah / belia ini akan diberikan latihan keusahawan berasaskan konsep inkubator dan seterusnya dibangunkan dengan segala kemudahan dan bantuan sehingga ke promosi dan pemasaran dengan kerjasama erat pihak swasta. 100 siswazah / belia akan dijadikan sebagai KPI Y.B. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Bagi Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) pula, kementerian berhasrat akan memperluaskan program kepada golongan siswazah dan belia dalam pelbagai bidang kemahiran untuk menceburi sektor pertanian. Dengan kata lain, graduan dalam bidang kejuruteraan dan teknologi maklumat sekiranya berminat boleh menyertai program ini. Kementerian berharap melalui inisiatif ini, ianya akan dapat membantu masalah kekurangan tenaga mahir muda dalam sektor pertanian di samping mengurangkan penganguran di kalangan siswazah.

Program Usahawan Tani Muda Jaya merupakan satu program pertanian menyeluruh yang dilaksanakan secara berpakej dan semestinya ianya memerlukan satu jangkamasa yang lama untuk dinilai dari segi keberkesanannya. Namun begitu, bagi pelaksanaan pada tahun 2010, kementerian mensasarkan golongan muda atau siswazah yang terlibat akan mampu bersaing dalam dunia perniagaan dengan pendapatan melebihi RM2,000 sebulan pada penghujung tahun 2010. ( Blog MOA-Majlis Pelancaran Program Usahawan Tani Muda Jaya)

http://ibppbm.gov.my/v2/index.php?option= com...view

http://blogmoa.moa.gov.my/?cat=8

http://xinniralubayna.blogspot.com/2009/07/beberapa-langkah-dalam-meningkatkan.html

http://www.hum.usm.my/geo/course/HGM340/dasardpn3.htm

http://www.yadim.com.my/Ekonomi/EkonomiFull.asp?Id=158

http://banktani.tripod.com/abimusa.htm

http://rostam97.tripod.com/9199/919903.html

http://www.moa.gov.my/lebih_ramai

Friday, February 12, 2010

TEKNOLOGI KOMUNIKASI TERHADAP BELIA LUAR BANDAR

Selaras dengan pembangunan teknologi masa kini, orang ramai dilihat lebih gemar menggunakan Internet untuk berhubung antara satu sama lain. Penggunaan teknologi tidak asing lagi dengan belia-belia bandar dan juga luar bandar. apa yang dapat dikupaskan berkenaan dengan belia luar bandar adalah belia yang berada di luar daripada kawansan bandar dan kurang menerima pendedahan terhadap penggunaan teknologi maklumat komunikasi (ICT).

Perkembangan pembangunan negara membawa implikasi belia hari ini mesti mempunyai sifat-sifat positif yang membolehkan mereka memainkan peranan penting dalam pembangunan negara dan meralisasikan wawasan 2020, disamping menangani cabaran dan tuntutan era globalisasi dan liberalisasi. Belia alaf masyarakat maklumat dan masyarakat global mesti mempunyai jati diri yang mantap. potensi yang bersemangat, tekad juang, fikiran, sikap, dan daya cipta dibangunkan dan dimanfaatkan. Salah satu aspek utama yang perlu diberi perhatian berterusan ialah identiti diri belia. Identiti diri boleh mengambarkan gaya hidup seseorng individu.

Belia perlu menyiapkan pelbagai ilmu pengatahuan berkaitan dengan ICT yang membantu meralisasikan masyarakat berpengatahuan. walaibagaimanapun penguasaan ICT masih berada pada tahap yang rendah dalam kalangan belia luar bandar yang menghadapi jurang digital. masyarakat di kawasan luar bandar perlu diberikan pendekatan ICT agar pelbagai aplikasi dapat memberi manfaat dan ilmu terhadap kawasan luar bandar di pertingkatkan.

Sejauhmana penggunaan teknologi maklumat komunikasi (ICT) terhadap belia luar bandar?
Menurut berita 25 jan, Penubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) kementerian pembangunan luar bandar giat menjalankan usaha-usaha menceriakan dan menghidupkan kegiatan ekonomi di kawasan luar bandar. Kerajaan juga mengalu-alukan usaha universiti untuk merapatkan jurang digital luar bandar khususnya kawasan pedalaman dalam melahirkan penduduk yang celik teknologi maklumat (IT). Contohnya pelancaran internet desa yang menjadi tumpuan terhadaap felda-felda atau kawasan pedalaman menjadikan ramai belia-belia luar bandar untuk mempelajari cara mengendalikan komputer, perhubungan internet, kelas mempelajari "microsolf" serta teori dan praktikal menggunakan gajet-gaget teknologi komunikasi. Dengan kewujudan perkhidmatan yang disediakan dapat membentuk lebih ramai belia luar bandar menggunakan teknologi komunikasi dengan efisien, sekali gus dapat memantapkan bahasa melayu dan inggeris.

Pelbagai inisiatif dijalankan untuk merapatkan jurang digital di negara kita. Inisiatif ini datangnya daripada pelbagai pihak dan berperanan untuk memperkasakan komuniti dan menjana ilmu melalui usaha menyeberangi jurang teknologi dan jurang minda. Oleh itu, keperluan asas yang perlu dimiliki oleh belia ialah memiliki pengatahuan dan kemahiran asas ICT yang tidak terhad dan membina penjanaan budaya pemikiran kritis dan kreatif (Mashitah Yaacob dan Maharam Mamat,2000). kemahiran dan pengatahuan ICT juga perlu untuk persediaan sosial yang lain seperti berkomunikasi, berinteraksi, bermain dan berhibur di alam maya serta memperolehi maklumat berkaitan dengan pekerjaan dan pembelajaran.

Adakah Penduduk luar bandar diseru manfaatkan ICT?
Pemilikan dan pengaplikasian peralatan ICT dengan menggunakan komputer adalah satu keperluan memandangkan negara kita bergantung kepada peralatan tersebut untuk mendapatkan dan menyalurkan maklumat bagi tujuan pembangunan dan pengaplikasian ICT terutama internet sangat tinggi (Norizan et, al 2006). Penduduk luar bandar banyak didedahkan dengan pelbagai pendedahan teknologi komunikasi. seperti yang dijalankan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda), program Jom Jelajah ICT membolehkan masyarakat mendapat ilmu pengatahuan yang mendalam terhadap penggunaan teknologi komunikasi. program yang dijalankan menjadi pemangkin kepada konsep mengurangkan jurang antara penduduk bandar dan luar bandar. Selain itu ianya juga dapat membentuk komuniti masyarakat luar bandar berpengatahuan serta berdaya saing dalam menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi.


Merujuk kepada taburan identiti belia mengikut tahap pendedahan pada media massa. Responden yang diketogorikan berpendedahan tinggi pada media didapati tergolong dalam ketogori trendy (20.0%). normal (18.5%), konstruktif (19.9%) dan berwawasan (12.8%). Manakala yang berpendedahan sederhana lebih ramai yang tergolong dalam katogori konstruktif (20.4%), berwawasan (19.6%), normal (17.6%) dan agama (14.2%). sementara mereka yang berpendedahan rendah ramai mengaitkan diri dengan agama (21.2%), konstruktif (17.6%) dan normal (14.1%). Kalangan responden banyak berpendedahan tinggi pada media massa berbanding sederhana dan rendah. (kajian yang dijalankan oleh Identiti Kontemporari Belia Malaysia) dalam kajian yang dijalankan jelas menunjukan belia mendapat maklumat daripada media massa, belia luar bandar kurang mendapat pendedahan yang tinggi terhadap penggunaan teknologi maklumat dan keseluruhan gajet-gajet teknologi komunikasi.

Thursday, February 11, 2010

BUDAYA PLAGIARISM DI KALANGAN BELIA

-PENGENALAN-

Plagiarism mengikut Kamus Dewan adalah 'perbuatan meniru atau mengutip sebahagian atau keseluruhan karya orang lain tetapi mengakui karya tersebut sebagai usahanya sendiri.' Dari segi bidang akademik pula bermaksud 'gejala menciplak oleh pelajar, profesor penyelidik dan dianggap sebagai penyelewengan akademik. Dari segi bidang kewartawanan pula bermaksud, 'plagiarism dianggap sebagai pencabulan etika kewartawanan dan pemberita yang didapati menciplak akan dikenakan tindakan tatatertib termasuklah diberhentikan kerja. Sesetengah individu yang ditangkap kerana menciplak dalam penulisan akademik.

-BAHANA PLAGIARISM-

Budaya "cut & paste" adalah satu jenayah akademik. Tetapi ramai pelajar tidak menyedari bahawa ia adalah satu kesalahan. Mereka juga tidak tahu bahawa itu adalah plagiat! Setiap universiti mempunyai Perlembagaan sendiri untuk melucutkan kelayakan mana-mana pelajar yang didapati menipu. Ia juga diperkatakan oleh Pengarah Perhubungan Korporat dan Anatarabangsa Universiri Malaya (UM) iaitu Profesor Madya Khoo Boo Teong. Beliau menjelaskan bahawa UM mempunyai Seksyen 56, Perlembagaan Universiti Malaya, iaitu berkenaan dengan sebarang kes plagiat, meniru dan penipuan adalah punca yang boleh menyebabkan berlakunya perlucutan pelajar dalam universiti.

Beliau juga menjelaskan bahawa seorang pelajar Ijazah Sarjana Pengajian Bahasa Melayu kerana plagiat dalam penulisan tesisnya. Mengenai amalan plagiarism melalui bahan-bahan di internet, dalam satu kajian ke atas 50,000 siswa oleh Center of Academic Integrity pada Jun 2005 di kalangan mahasiswa di Amerika Syarikat berpendapat bahawa. . . . .
". . . . 70% pelajar-pelajar kolej terlibat dalam budaya plagiat; iaitu seramai 77% pelajar-pelajar kolej tidak fikir bahawa plagiarisme adalah satu isu yang serius. Ini membimbangkan bahawa masalah dalam terma-terma dalam internet dan budaya di salah anggap, melalui "The digital revolution is creating a generation of cut-and-paste burglars who view all content on the internet as common property". Fenomena ini juga tidak mustahil sedang merebak di kalangan mahasiswa di negara kita.

Gejala plagiarisme juga merupakan perbuatan yang tidak beretika dan saling tak tumpah konsepnya seumpama merompak. Ia terjadi apabila seseorang menghasilkan semula atau menciplak hasil ilmiah milik orang lain samada dalam bentuk perkataan, idea-idea atau penemuan-penemuan tertentu. Ada beberapa bentuk plagiarisme yang diamalkan. Antaranya penipuan secara langsung perkataan-perkataan, perenggan atau sebrang bahan yang diambil daripada bahan terbitan orang lain tanpa usaha yang sewajarnya dalam mengiktiraf sumber asal bahan ilmiah tersebut. Pengubahsuaian perkataan-perkataan orang lain tanpa memberikan pengiktirafan yang sewajarnya. Dengan teknologi 'dunia di hujung jari' melalui internet pada masa kini, diakui seseorang pelajar mampu menyiapkan kertas kerja atau tesisnya dengan jalan pintas yang cepat.

-PENCEGAHAN PLAGIARISME-

Terdapat beberapa pihak yang bertanggugjawab mencegah usaha plagiarisme dalam penulisan akademik iaitu universiti dan fakulti, pensyarah dan para pelajar. Pihak universiti harus mewujudkan atau jika sudah ada, haruslah dikuatkuasakan kuasa undang-undang berkenaan budaya palgiarisme dan maklumkan kesalahan dan kesan negatifnya kepada semua pensyarah dan juga pelajar. Pihak universiti juga perlu pastikan bahawa dalam buku panduan akademik di setiap fakulti mengandungi maklumat dan kaedah penulisan sumber rujukan atau bibliografi yang tepat sebagai cara mencegah dan menangani sebarang plagiarisme.

Hanya dengan cara memberi pengiktirafan terhadap pemilik karya asal, barulah cedukan idea dan frasa-frasa tertentu dari karya asal tersebut 'dihalalkan' dalam konteks penulisan akademik. Pihak pengurusan fakulti boleh mengaplikasikan perisian komputer atas talian yang dapat mengesan sebarang aktiviti plagiarisme dalam penulisan tesis atau tugasan pelajar. Perisian-perisian seperti ini diaplikasikan oleh kebanyakan universiti di seluruh dunia yang digunakan secara meluas dalam menangani isu plagiarisme dalam penulisan akademik oleh pelajar. Misalnya, perisian-perisian komputer seperti Turnitin, Scan My Essay dan Word Check System, cukup komprehensif dan efektif dalam menemukan sebarang unsur plagiarisme tesis dan penulisan akademik secara atas talian.

Para pensyarah adalah berperanan untuk membimbing konsep plagiarisme kepada para pelajar bukan sekadar dalam penulisan tesis, bahkan dalam tugasan, laporan mingguan, pembentangan dan sebagainya. Pensayarah juga perlu tegas mangambil tindakan terhadap pelajar yang masih degil membuat tugasan akademik secara plagiat samada meminta pelajar mengubahsuai tugasan tersebut atau melaporkannya kepada pihak universiti.

Pelajar pula harus bertanggungjawab dalam menghasilkan sebarang penulisan akademik atau tesis yang tidak mengandungi unsur plagiarisme. Setiap universiti mempunyai buku panduan penulisan akademik dan mereka perlu menuruti semua sistem dan disiplin penulisan yang telah ditetapkan. Mereka perlu sedar bahawa penulisan akademik adalah satu usaha universiti untuk mengasah dan menyerlahkan tahap kebolehan akademik mereka sendiri. jadikanlah penulisan akademik sebagai sumber terbaik untuk menyerlahkan daya pemikiran mereka.

-PANDANGAN MENGENAI BUDAYA PLAGIARISME-

Mengikut pendapat Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Datuk Dr.Radin Umar RAdin Sohadi, ketika berucap pada majlis perasmian 1 Megalab di Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Likas pada 23 Mac 2009. Beliau berkata penggunaan komputer dan internet untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan telah mencetuskan budaya kerja "cut and paste" dan sehingga mengabaikan proses penyelidikan untuk maju ke hadapan.
Ada sesetengah pelajar berpendapat bahawa budaya "copy and paste" adalah cara yang mudah dan senang untuk membuat tugasan yang diberi pensyarah. Bagi mereka budaya ini merupakan "biasa" di dalam universiti atau kolej. Tetapi ada juga berpendapat budaya plagiat adalah salah. Bagi mereka pula, pelajar haruslah bijak menggunakan minda secara kreatif dan kritis. Sebab itulah pelajar berjaya kerana menggunakan fikiran secara kritis, iaitu dengan menggunakan idea-idea yang ada.

Oleh itu, budaya plagiarisme ini haruslah dicegah sebelum ia menjadi satu budaya yang sangat serius dalam bidang akademik di negara kita. Sekian....

Wednesday, February 3, 2010

BAHANA DOWNLOAD


Ini minggu yang ke 3. Di minggu ini kita akan kupaskan mengenai isu “Muat turun percuma” atau lebih dikenali sebagai free download. Ada ura- ura yang menyatakan bahawa kerajaan ingin menghalang free download yang kini menjadi kegilaan ramai orang terutama pada golongan belia. Disebabkan free download ini kian berleluasa industri hiburan di negara kita kian mundur dan tengelam. Hakikatnya mampukah kerajaan menangani hal ini? CD , filem atau album kini mengalami kemerosotan teruk disebabkan hal ini. Hak royalti artis kini tiada. Hal ini memimbulkan keresahan pelbagai pihak. Free download juga dianggap sebagai penyamun hak artis-artis di seluruh dunia. Persoalannya bagaimana kita ingin halang pekembangan arus teknologi ini.

Di internet sendiri menyediakan perisian seperti Lime Wire, 4shared, Gua Muzik, Youtube dan banyak lagi ruangan untuk muat turun secara percuma. Hal ini memudahkan untuk mendapatkan mendapat muzik dan lagu yang diminati. Majoriti album artis malaysia hanya 1 atau 2 lagu yang hit selebihnya... hmmm sendiri mau ingat la. Bak kata didalam iklan Tv “ dunia dah maju zaman dan berubah” siapa pun tidak boleh menghalang arus perkembangan teknologi. Terang lagi bersuluh setiap perkembangan teknologi ada kebaikan dan keburukan termasuklah free download. Pada minggu ini kami akan senaraikan kebaikan dan keburukan free download sama- sama kita renungkan anda nilaikannya sendiri..

Antara kebaikan free download, salah satunya adalah menjadikan kemudahan untuk menggunakannya. Sekalipun anda menganggap diri anda tidak begitu mahir mengenai komputer, anda masih mampu untuk membuat, memuatnaik filem atau lagu yang diminati. Hal ini menyebabkan pernambah kadar celik IT dalam kalangan rakyat Malaysia. Menurut kata Tun Dr Mahathir “ maklumat kini dihujung jari” maka tidak salah kita menggunakan free download, selain itu gejala cetak rompak juga dapat ditangani. Sebenarnya free download selari dengan zaman kecanggihan teknologi. Di negara maju seperti Amerika sendiri adanya Kiosk untuk memuat turun lagu – lagu artis yang diminati. Kenapa tidak kita mengikut jejak mereka. Selain itu, dengan ada gadget MP3,MP4,iPod, telefon bimbit dan komputer riba hal ini memudahkan semua orang untuk akses ke dalam dunia hiburan dengan percuma.

Manakala keburukannya pula, dengan adanya free download, jualan album para artis akan merosot, biarpun harga telah diturunkan namun masih ramai lagi yang tidak membelinya. Hal ini menyebabkan kejatuhan industri hiburan tanah air. Presiden Seniman iaitu Harun Salim Bachik sendiri menyuarakan kebimbangannya terhadap penularan free download ini. Hal ini mendapat perhatian dari pelbagai pihak untuk mengatasi masalah ini yang kian membimbangkan. Artis- artis di malaysia hanya mendapat sedikit bayaran dan ia tidak berbaloi dengan penat lelah dan usaha yang dicurahkan. Di Malaysia pasaran dunia hiburan adalah terhad, tidak seperti di Amerika dimana pasarannya lebih meluas. Even di Malaysia sendiri mengimport albun –album artis dari sana. Biasalah ibarat kata pepatah “kera dihutan disusukan anak dirumah mati kelaparan” sebagai rakyat Malaysia kita perlu menyokong artis kita. Selain itu, Dengan adanya free download, kita bukan saja mendownload lagu atau filem yang diminati bak kan virus – virus yang tidak diingin juga turut mengancam para pengguna.

Kesimpulannya tiada siapa dapat menyekat arus permodenan teknologi, meskipun pelbagai langkah – langkah pencegahan telah dilakukan. Pada pendapat kami, kita tidak dapat mencegah tapi kita boleh mengatasi masalah ini dengan mengenakan 1sen tiap bahan yang di download. Ia nampak mudah dan tak logikkkan tapi mengikut statastik hampir 50 ribu rakyat malaysia mendownload setiap hari. Hal ini sedikit sebanyak dapat membantu industri hiburan tanah air. Jika kita ingin menjadi sebuah negara maju kita tidak boleh menyekat teknologi kerana ia selari dengan arus permodenan. Sama –sama kita renungan “tiada kuasa dapat menghalang banaha download”