RSS

Thursday, January 28, 2010

FAEDAH DAN PENGARUHNYA INTERNET KEPADA BELIA


INTERNET

Internet berasal dari perkataan International Networking, merupakan dua komputer atau lebih yang saling berhubungan membentuk jaringan komputer hingga meliputi jutaan komputer di dunia (internasional). Di mana saling berinteraksi dan bertukar informasi sedangkan dari segi ilmu pengetahuan, internet merupakan sebuah perpustakaan besar yang didalamnya terdapat jutaan informasi atau data yang berbentuk teks, grafik, audio serta animasi dan lain-lain dalam bentuk media elektronik. Ini memudahkan orang ramai berkunjung ke internet tidak kira di mana sahaja berada. Manakala dari segi komunikasi internet pula adalah saluran yang sangat efektif dan efesien untuk melakukan pertukaran informasi jarak jauh. Disebalik penggunaan teknologi komunikasi, Internet banyak memberi kebaikan kepada belia. Namun, harus diingat bahawa Internet juga menyumbang keburukan kepada belia jika disalahgunakan.

KEBAIKAN INTERNET


Internet banyak memberi manfaat kepada belia terutama pelajar di institusi pengajian tinggi . Ia membuka suatu dimensi baru kini sebagai sumber rujukan mudah dan pantas dari segi masa dan lokasi. Ia hampir menggantikan kaedah pembelajaran atau pencarian maklumat cara lama iaitu penggunaan perpustakaan . Internet banyak memberikan manfaat kepada belia terutama pelajar di institusi pengajian tinggi. Internet membuka suatu dimensi baru kini sebagai sumber rujukan mudah dan pantas dari segi masa dan lokasi. Internet hampir menggantikan kaedah pembelajaran atau pencarian maklumat cara lama iaitu penggunaan perpustakaan .



Masyarakat juga tidak terlepas dari merasai bahang internet dengan capaian berita dengan cepat dan pantas sama ada berita liputan di dalam atau di luar negara misalnya liputan mutakhir sukan dari seluruh dunia seperti Piala Dunia mahupun berita panas seperti penggunaan kalimah Allah dan pengeboman gereja. Masyarakat berilmu dapat diwujudkan dengan adanya Internet. Melaluinya, ungkapan “katak dibawah tempurung” tidak timbul lagi. Pengguna komputer hanya perlu menggunakan hujung jari untuk mendapatkan maklumat terkini dalam semua bidang. Peristiwa yang berlaku di mana-mana sahaja dapat kita ikuti dengan serta-merta. Hal ini membolehkan kita membina satu masyarakat yang berilmu.


Internet banyak membantu dunia perniagaan. Pengusaha dapat mengiklankan perkhidmatan atau barang dalam ruang siber dan mendapat pulangan daripadanya. Contoh, RTM-Net mendapat 90,000 pelanggan manakala Utusan Malaysia Online memikat setengah juta pengguna. Melaluinya, pasaran global dapat dicapai secara terus. Perbankan, urus niaga saham, penerbitan, dan pengiklanan juga dijalankan melalui Internet. Urus niaga jual beli dapat dijalankan serentak dengan berbekalkan nombor kad kredit yang sah. Pelaburan antarabangsa dapat berkembang pesat.

Pada pandangan kami internet memberikan sumbangan yang sangat besar dalam bidang pendidikan. Kini terdapat universiti yang berkonsepkan maya contohnya UNITAR yang menyediakan akaun Internet untuk para pelajarnya. Kini para pelajar bukan sekadar menggunakan Internet untuk berkongsi maklumat dan penyelidikan tetapi juga mengambil kursus tanpa perlu melangkah kaki ke dalam bilik kuliah malahan mengambil soalan tugasan, membuat kuiz dan menduduki ujian melalui Internet. Kumpulan berita membolehkan para pendidik dan pelajar bertanyakan sesuatu, mendapatkan nasihat dan menyemak maklumat. Teknologi persidangan video membolehkan pelajar dalam sesebuah kelas bekerjasama melaksanakan sesuatu projek.

Bagaimana pula dengan pandangan anda dalam penggunaan e-mel?

Pada pandangan kami, E-mel pula berkesan dalam komunikasi pelbagai hala. Kemajuan ini telah mendekatkan hubungan sesama negara dan manusia. Penggunaan teknologi digital optik fiber menggantikan filem dan video. E-mel ibarat pejabat pos, manakala jaringan telekomunikasi berupa posmen. Surat-menyurat dan maklumat dapat dihantar ke seluruh pelusuk dunia dalam sekelip mata sahaja asalkan mempunyai sambungan Internet. Perhubungan antara manusia telah dipermudah dan dipercepat lagi .

KEBURUKAN INTERNET

Adakah anda tahu disebalik kebaikan yang begitu banyak terdapat pada internet mempunyai beberapa kelemahan atau keburukannya. Kewujudan serta peningkatan kafe siber yang menyediakan kemudahan melayari internet telah memberi peluang kepada masyarakat terutamanya belia yang tidak mempunyai kemudahan internet di rumah, menggunakan perkhidmatan di kafe siber. Namun begitu, perkembangan yang dilihat sebagai positif ini tidak dimanfaat sepenuhnya oleh segolongan belia. Impaknya, timbul fenomena yang negatif seperti melepak di kalangan belia pada masa kini.


Penyalahgunaan perkhidmatan yang diberikan oleh pemilik kafe siber dengan menjadikan kafe siber sebagai salah satu tempat berkumpul dan melepak bagi belia dan ini boleh menimbulkan masalah-masalah sosial lain. Selain itu, kebanyakan belia juga tidak memanfaatkan kafe siber ini dengan sebaiknya. Mereka lebih suka menghabiskan masa dengan bersembang kosong di internet, melayari laman web yang tidak sesuai dan sebagainya daripada mempelajari teknologi serta menimba pengetahuan.


Internet juga membuka jalan kepada jenayah komputer. Belia yang mahir dalam komputer dapat menceroboh masuk ke dalam sistem komputer sesebuah syarikat menerusi laman webnya di Internet. Mereka mahir memecahkan kod sekuriti komputer untuk memasuki sistem komputer itu. Mereka akan mencuri maklumat penting untuk dijual kepada pesaing syarikat tersebut. Mereka juga dapat menukar atau merosakkan data di dalam komputer itu. Ada pula penjenayah yang menyebarkan virus tertentu melalui e-mel sehingga melumpuhkan sistem komputer.

Ketagihan Internet juga dapat mengubah kehidupan dan peribadi seseorang belia. Kita tidak perlu berganjak dari kerusi untuk mengikuti perkembangan antarabangsa. Belia yang dilanda “demam” Internet mungkin melupakan corak hidup yang perlu dilaksanakan. Mereka akan mengabaikan produktiviti kerja dan akan memencilkan diri semata-mata hendak menyelami maklumat dalam Internet yang tanpa batasannya. Amalan hidup berkelompok, bagai aur dengan tebing, akan terhakis. Sebaliknya, akan muncul amalan enau dalam belukar, melepas kan pucuk masing-masing. Oleh itu, Internet merenggangkan hubungan sesama manusia. Adakah penggunaan Internet kepada belia banyak membawa kebaikan daripada keburukan?

Fikir-fikirkanlah......


Rujukan
en.wikipedia.org/wiki/Internet
www.angelfire.com/bug/rangkaian0/kelebihan_internet.htm
www.angelfire.com/biz7/b_amierr/keburukan_internet.html

Thursday, January 21, 2010

TEKNOLOGI KOMUNIKASI: IMPLIKASI SOSIAL KEPADA BELIA

Teknologi Komunikasi mempunyai pengertian dari dua aspek iaitu teknologi dan komunikasi. Ianya mengandungi pengertian luas tentang segala aspek yang berkaitan dengan pemprosesan, manipulasi, pengelolaan, serta pemindahan informasi antara media melibatkan teknologi. Teknologi boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan menyimpan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Ia juga disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat pantas. Teknologi Komunikasi tidak terhad kepada internet dan komputer sahaja, tetapi ia melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, PDA, dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima.

Sejauh manakah teknologi komunikasi memberi implikasi sosial kepada belia????

Penggunaan teknologi komunikasi sinonim dengan golongan belia. Belia dengan kata lain, belia alaf masyarakat maklumat dan masyarakat global mesti mempunyai jati diri yang mantap. Potensi mereka sama dari segi semangat, tekad juang, fikiran, sikap dan daya cipta adalah arus dibangunkan dan dimanfaatkan. Salah satu aspek utama yang perlu diberi perhatian adalah identiti diri belia. Identiti diri yang boleh mengambarkan budaya hidup seseorang individu melalui teknologi. Teknologi komunikasi dan belia tidak dapat dipisahkan lagi. Walaupun ia memberi banyak kebaikan kepada belia namun terdapat juga keburukan disebalik kebaikannya. Sebagai contoh penggunaan internet, telefon bimbit dan televisyen yang dikatakan memberi implikasi sosial kepada belia.


INTERNET

Pendedahan kepada komputer dan teknologi maklumat (IT) mewujudkan budaya celik komputer dikalangan masyarakat terutama belia. Kalau komputer boleh diibaratkan sebagai sebilah pisau, ia boleh memotong dan juga membunuh. Kita khuatir terhadap kecenderungan sesetengah golongan masyarakat terutama belia yang membuang masa di depan komputer dan tidak memanfaatkan maklumat yang boleh ditimba. Ada belia yang duduk sepanjang hari di depan komputer untuk melayari talian "chat" pornografi, dan permainan video.

"Technology change every second". Berdasarkan pengertian ini, setiap penduduk dunia, jika boleh tidak mahu ketinggalan dalam mengejar arus perkembangan teknologi yang begitu pesat. Dalam kita mengejar arus kemodenan, Internet telah banyak memberi input dan merupakan salah satu penyalur maklumat penting dan terkini. Banyak faedah yang boleh didapati menerusi penggunaan Internet, cuma manusia sahaja yang sering menyalahgunakan Internet ke arah kerosakan moral dan etika. Adalah lebih baik kita kupaskan serba sedikit keburukan Internet di negara ini.

Penyalahgunaan yang sering kita dengar adalah pengiriman spam di kategorikan sebagai sampah Internet merupakan salah guna yang terbesar. Tidak kurang juga dengan kes pemalsuan yang antara lain melibatkan pengubahsuaian laporan dan data sesebuah organisasi swasta dan awam. Wujud juga kes penyebaran virus dan ugutan menggodam. Sesetengah pihak yang membuat kajian terhadap isu jenayah dan keselamatan komputer sebelum ini pernah mendedahkan bahawa sebahagian respodan yang terlibat dalam tinjauan tersebut melaporkan kerugian dari segi kewangan akibat serangan penceroboh. Jika ditafsirkan, nilai kerugian terkumpul dari segi kewangan tidak mustahil boleh mencecah jutaan ringgit.

TELEFON

Teknologi telekomunikasi telah banyak mengubah gaya hidup manusia, termasuk masyarakat di negara kita. Jika satu ketika dulu telefon bimbit salah satu lambang kemewahan atau barangan eksklusif lagi berprestij, tetapi kini persepsi itu telah berubah. Telefon mudah alih atau juga dikenali sebagai telefon bimbit atau telefon selular sudah menjadi keperluan harian. Bayangkan jika anda tidak memiliki telefon bimbit sekarang. Bagi sesetengah orang, mereka akan terasa benar, bertapa sukarnya hidup tanpa peranti ranggi itu. Disebalik kecanggihan teknologi telefon bimbit juga, wujudnya penyalahgunaan dikalangan belia dan memberi impak yang negatif kepada belia pada masa kini.

Contohnya: AKSI-AKSI panas pelajar di sekolah yang disebarkan menerusi telefon bimbit amat memalukan.

BARU-BARU ini, sebuah sekolah menengah di Kuala Terengganu mendapat perhatian 'lebih', gara-gara aksi panas seorang pelajar perempuan dalam klip video yang tersebar ke serata Malaysia. Klip video yang berlatarbelakangkan sebuah kelas itu menjadi pilihan lokasi penggambaran 'krew remaja' yang sepatutnya menelaah buku. Rakaman video yang dibuat menerusi telefon bimbit berkamera seperti itu sebenarnya bukan perkara baru dan tidak hanya berlaku di sekolah. Sekali-sekala dada akhbar turut mendedahkan kes seperti ini yang berlaku di bilik sewa, taman rekreasi dan sebagainya. Suka atau tidak, ia seakan satu trend dalam era teknologi hari ini. Justeru itu, salah siapa? Adakah kita perlu salahkan teknologi?

Jika pengaruh komunikasi teknologi maklumat (ICT) yang dipersalahkan, bukankah kita tidak berkuasa sepenuhnya untuk menentukan trend global? Hakikatnya, manusia terpaksa hanyut dengan arus peredaran zaman.

"Inilah namanya 'fenomena global'. Kalau tak ada 'handphone', macam tak kena dengan masa kini. Tapi, ini jugalah harga yang perlu dibayar. Maksudnya, nikmat pembangunan kebendaan yang hadir dengan kesan positif dan negatif," menurut pandangan Dr. Sarjit Singh Gill, seorang Ahli Antropologi Sosial dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Masyarakat perlu sedar teknologi komunikasi bertujuan mempermudah urusan dan untuk memperkayakan ilmu, serta menjadi medan pertukaran, pendapat dan idea. Akan tetapi, pengaruh budaya luar terutamanya dari barat telah merosakkan minda masyarakat kita yang selama ini terkenal dengan adab ketimuran dan penuh dengan sopan santun. Kita perlu ingat dalam mengejar arus globalisasi yang semakin pantas, dan untuk melengkapkan diri seiring dengan negara maju yang lain, kita tidak perlu menggadaikan maruah dan jati diri kita sebagai orang timur.

Sebagai rakyat Malaysia yang bijak, kita hendaklah cuba mewujudkan satu budaya penggunaan teknologi yang sihat dalam usaha kita memperlengkapkan diri sebagai seorang yang berilmu dan berpengetahuan. Ini membolehkan kita terus bersaing dalam dunia yang dikuasai dan dimonopoli oleh pelbagai teknologi terkini yang menjadi penggerak pembangunan dan kemajuan sesebuah negara. Mampukah kita??