RSS

Wednesday, February 3, 2010

BAHANA DOWNLOAD


Ini minggu yang ke 3. Di minggu ini kita akan kupaskan mengenai isu “Muat turun percuma” atau lebih dikenali sebagai free download. Ada ura- ura yang menyatakan bahawa kerajaan ingin menghalang free download yang kini menjadi kegilaan ramai orang terutama pada golongan belia. Disebabkan free download ini kian berleluasa industri hiburan di negara kita kian mundur dan tengelam. Hakikatnya mampukah kerajaan menangani hal ini? CD , filem atau album kini mengalami kemerosotan teruk disebabkan hal ini. Hak royalti artis kini tiada. Hal ini memimbulkan keresahan pelbagai pihak. Free download juga dianggap sebagai penyamun hak artis-artis di seluruh dunia. Persoalannya bagaimana kita ingin halang pekembangan arus teknologi ini.

Di internet sendiri menyediakan perisian seperti Lime Wire, 4shared, Gua Muzik, Youtube dan banyak lagi ruangan untuk muat turun secara percuma. Hal ini memudahkan untuk mendapatkan mendapat muzik dan lagu yang diminati. Majoriti album artis malaysia hanya 1 atau 2 lagu yang hit selebihnya... hmmm sendiri mau ingat la. Bak kata didalam iklan Tv “ dunia dah maju zaman dan berubah” siapa pun tidak boleh menghalang arus perkembangan teknologi. Terang lagi bersuluh setiap perkembangan teknologi ada kebaikan dan keburukan termasuklah free download. Pada minggu ini kami akan senaraikan kebaikan dan keburukan free download sama- sama kita renungkan anda nilaikannya sendiri..

Antara kebaikan free download, salah satunya adalah menjadikan kemudahan untuk menggunakannya. Sekalipun anda menganggap diri anda tidak begitu mahir mengenai komputer, anda masih mampu untuk membuat, memuatnaik filem atau lagu yang diminati. Hal ini menyebabkan pernambah kadar celik IT dalam kalangan rakyat Malaysia. Menurut kata Tun Dr Mahathir “ maklumat kini dihujung jari” maka tidak salah kita menggunakan free download, selain itu gejala cetak rompak juga dapat ditangani. Sebenarnya free download selari dengan zaman kecanggihan teknologi. Di negara maju seperti Amerika sendiri adanya Kiosk untuk memuat turun lagu – lagu artis yang diminati. Kenapa tidak kita mengikut jejak mereka. Selain itu, dengan ada gadget MP3,MP4,iPod, telefon bimbit dan komputer riba hal ini memudahkan semua orang untuk akses ke dalam dunia hiburan dengan percuma.

Manakala keburukannya pula, dengan adanya free download, jualan album para artis akan merosot, biarpun harga telah diturunkan namun masih ramai lagi yang tidak membelinya. Hal ini menyebabkan kejatuhan industri hiburan tanah air. Presiden Seniman iaitu Harun Salim Bachik sendiri menyuarakan kebimbangannya terhadap penularan free download ini. Hal ini mendapat perhatian dari pelbagai pihak untuk mengatasi masalah ini yang kian membimbangkan. Artis- artis di malaysia hanya mendapat sedikit bayaran dan ia tidak berbaloi dengan penat lelah dan usaha yang dicurahkan. Di Malaysia pasaran dunia hiburan adalah terhad, tidak seperti di Amerika dimana pasarannya lebih meluas. Even di Malaysia sendiri mengimport albun –album artis dari sana. Biasalah ibarat kata pepatah “kera dihutan disusukan anak dirumah mati kelaparan” sebagai rakyat Malaysia kita perlu menyokong artis kita. Selain itu, Dengan adanya free download, kita bukan saja mendownload lagu atau filem yang diminati bak kan virus – virus yang tidak diingin juga turut mengancam para pengguna.

Kesimpulannya tiada siapa dapat menyekat arus permodenan teknologi, meskipun pelbagai langkah – langkah pencegahan telah dilakukan. Pada pendapat kami, kita tidak dapat mencegah tapi kita boleh mengatasi masalah ini dengan mengenakan 1sen tiap bahan yang di download. Ia nampak mudah dan tak logikkkan tapi mengikut statastik hampir 50 ribu rakyat malaysia mendownload setiap hari. Hal ini sedikit sebanyak dapat membantu industri hiburan tanah air. Jika kita ingin menjadi sebuah negara maju kita tidak boleh menyekat teknologi kerana ia selari dengan arus permodenan. Sama –sama kita renungan “tiada kuasa dapat menghalang banaha download”

0 comments:

Post a Comment